Sick + Excited + Regret + Feld Sorry = What???


Haaachuuu!!!! Aduh sakit hidung Myra ni ha.. Itu la, siapa suruh buka air-cond sampai demam??? Dah kena apa lagi tanggung sendiri!!! Punya sakit tu memang tak tertanggung. Tambah lagi bila tekak dah sakit. Sekarang ni tinggal beberapa hari sahaja Myra akan pergi ke Singapore!!! OMG!!! Macam mana nak pergi kalau dah sakit macam ni??? Boleh tak Myra nak ponteng sekolah esok??? Tak larat la Myra nak pergi sekolah esok. Petang ada latihan lagi. Huhuhu... Nak rehat!!!

Sekarang ni Myra rasa menyesal sebab masa Myra pergi Singapore ada even yang best dekat sekolah Myra. Alaaa.... Baru nak syok nak join sekali. Last-last tak dapat jugak. Tak apa la. Mungkin bukan rezeki Myra. Kesian kawan Myra, tak pasal-pasal kena buat kerja yang banyak. Myra pulak berada di Singapore!!! Muahahaha... (Dah gilo sebab demam panas sangat) Ok la sayang-sayang ku. Myra mahu rehat. dah tak larat sangat. Mata pun dah kuyu tengok keyboard ni. Badan dah panas sangat. Papai!!!

P/s: Tadi sempat berlari!!! Konon macam masuk Amazing Race pulak.. Hahaha..

Couple VS Friend. Who Wins???


Assalamualaikum anak-anak ku... Hari ini saya akan cerita mengenai pasangan lawan dengan sahabat... Anak-anak nampak tak de pangkah sebesar alam tu??? Anak-anak tahu ke tidak bahawa pasangan itu tidak bagus untuk manusia yang bawah umur??? Ya... Memang tidak bagus. Tepuk tangan!!! Sengal betul. Dah-dah. Hari ni macam Myra cakap, Myra nak cakap pasal pasangan dengan kawan. Mana penting??? Ada orang tu dia lebihkan pasangan dia berbanding dengan kawan dia. Ada tu dia lebihkan kawan berbanding pasangan dia. Ada tu pulak 50-50 sebab dia pentingkan dua-dua. Tapi bagi Myra la, kalau orang yang lebih pentingkan pasangan dia berbanding kawan dia bagi Myra memang tut... Paham-paham la ye. Myra lagi suka berkawan. Myra bukan nak cakap apa, pasangan ini hanya untuk sementara je. Dekat mana-mana pun ada ramai lagi. Senang cerita jodoh itu di tangan Tuhan. Kita bukan boleh tahu pun siapa pasangan kita sebenarnya.

Kita je yang mengada-ngada nak ada pasangan, nak bercouple-couple la..Kononnya dia la akan membuat kita bahagia semua itu. Tolong la... Kerek kot benda-benda macam ni. Tapi ada kecualinya. Kecuali kalau pasangan itu adalah jodoh kita. Myra cakap macam bukan apanya. Sebab cuba korang semua tengok sekeliling korang. Penuh dengan berkhalwat dan banyak buang bayi. Ini sebab terpengaruh dengan pasangan masing-masing.

Itulah sebabnya bagi Myra, couple la banyak mana pun tetapi kawan yang paling penting dalam dunia ni. Walaupun hanya sementara. Tetapi tetap penting. Yela cube korang fikir. Kalau dalam kesusahan siapa yang korang cari??? Kawan. Kalau korang gaduh dengan pasangan korang siapa korang nak mengadu??? Kawan.Apa lagi ye nak disoal. Entah la. Korang pikir la. Kawan memang penting. Sebab yang paling rapat ialah kawan kita. Bukan Myra nak cakap Myra anti. Tapi untuk kesedaran. (Ceh macam tu pulakkan?) Myra sendiri pun ada teman. Tapi Myra tak heran pun. Kalau macam tu lebih baik Myra tak adakan??? Hahaha... Walaupun ada tapi masing-masing macam budak-budak. Itu yang best tu. Hahaha...

Lagipun Myra pergi mana-mana pun ada je yang berkepit. Sakit mata Myra. Bukan sakit mata jadi merah. Sakit sebab dapat dosa. Sebab kenapa dapat dosa??? Korang pikir la sendiri. One more thing, kalau korang nak couple biarlah cari pasangan sampai naik pelamin, dapat anak, dapat menantu, dapat cucu. Kalau sikit-sikit putus je, nanti korang jugak yang merana dan tak pasal-pasal korang benci ex tu. Ex tu buat macam mana pun korang tetap benci. Itulah, elok-elok baik rapat semua la. Last-last ending dia dah jadi musuh. Bila dah jadi musuh mula la tak puas hati semua la itu la. Lepastu mula la nak dengki-dengki, nak hasut la dan macam-macam la.

So Myra harap korang tak macam tu. Nak bercouple boleh. Tapi seeloknya baik la kita mengelakkan. Belum masanya lagi. Myra cakap macam ni sebab Myra selalu jadi orang tengah. Selalu jadi tempat mengadu dan selalu ditinggalkan. Tapi abaikan semua itu. Dah tak penting pun benda semua tu. Ok-ok balik jalan asal, suka hati korang semua la ye. Myra saja je nak tulis ni sebab Myra bosan dan ingin hilangkan kebosanan. Ok la. Itu sahaja untuk entry ni.

P/s: Kawan tetap penting!!! Anda setuju ke tidak???

Great News !!!


Good Morning!!! Hari ini Myra happy sangat-sangat. Hari ni Myra akan pergi ke Kedah juga!!! Muahahahaha... Yela mula-mula parents Myra cakap tak jadi sebab penat la, itu la, ini la dan macam-macam la.. Tapi akhirnya dapat juga pergi!!! Tak tahu la apa akan terjadi dekat sana nanti. Walaupun pergi hanya untuk kenduri kahwin sahaja. Tetapi Myra tetep excited!!! Muahaha.. (Gila ka apo Myra ni?? ==")

Semalam Myra awal-awal dan siap packing barang. Bayang la punya excitednya. Harap-harap la Myra dapat jumpa kawan.. (I hope so.) Ok la. Myra kena bersiap ni. Siapa-siapa dekat FB tu rindu-rindu la kat Myra ni ye. Bukan lama pun Myra pergi. Sampai hari Ahad je. Lagi-lagi si Momot tu. Hahaha.. Jangan marah ye Momot. Ok la. Papai!!!

P/s: Tak sabar-sabar nak sampai ke sana!!! Doa-doakan la Myra dan family Myra selamat sampai dan selamat pulang.