Kawan

Assalamualaikum dan Selamat Malam kepada semua pembaca. Hari ni Myra nak cakap tentang kawan. Myra tak tahu la kenapa sejak ni Myra macam sedih, sakit, tak gembira macam dulu. Mungkin sejak kawan-kawan Myra datang rumah Myra dah mula sakit. Myra bukan nak salahkan diorang ke kawan-kawan Myra. Sekarang agaknya Myra ni memang disahkan menjadi orang asing. Mana taknya, kawan yang Myra rapat-rapat semua dah mula lupakan Myra. Memang sah la Myra ni dah jadi warga asing dekat diorang. Tapi sekarang Myra fikir macam ini je. Sampai bila Myra akan bergantung??? Bagi Myra semakin umur kita meningkat, kita dengan diri kita je.


Tapikan, kawan Myra yang bukan sama kelas dengan Myra semua pelik dengan Myra. Diorang rasa pelik la yang Myra ni boleh tahan lagi dengan classmate Myra dan Myra boleh lagi senyum depan orang ramai. Tapi nak buat macam manakan??? Nak tak nak kita kena la juga terima hakikat. Sejak Myra dah masuk Form 4 ni, Myra memang selalu terasa terpinggir. Mana taknya. Kelas Myra tu besar sangat. Sampai 42 murid. Mana la Myra perasan. Susah nak jadi kawan yang terbaik untuk diorang. Myra pun sampai dah tak tahu nak buat apa lagi. Myra rapat macam mana pun, baik macam mana pun, kawan Myra tetap akan lupakan Myra. Myra pun tak tahu kenapa Myra selalu ditinggalkan. Mungkin Myra ni tak cukup bagus lagi untuk diorang. Apa yang Myra perasan, bila diorang dalam kesusahan baru cari Myra. Bila senang diorang lupakan Myra. Apakah daya Myra ni, Myra pun kena terima hakikat. Dalam hati ni sentiasa sedih.(Wah.. Macam tu pulak) Lagipun bagi Myra la sekarang ni MUSIM KAWAN BUAT SALAH. Ramai kawan-kawan lama Myra semua tangah sakit hati, sedih, dan macam-macam la. Myra tak kisah, sebab Myra dah biasa. Bak kata pepatah SETIAP PERTEMUAN MESTI ADA PERPISAHANNYA. Lagipun ramai orang cakap Myra ni macam berada di tengah-tengah. Maknanya, dengan siapa-siapa sahaja Myra boleh geng. Itu kawan-kawan Myra yang cakap. Itu jela agaknya Myra nak cakap. Papai!!!

P/s: Orang yang kita sayang sentiasa akan tinggalkan kita dulu.

Merajuk Dengan Si Memujuk

Hallo!!! Hallo!!! Hallo!!! Yeah!!! Akhirnya dapat juga masa nak sambung blog Myra ni. Untuk kali ini pula Myra akan cerita pasal raya la. Bagi Myra tahun ni macam tak ada la yang best macam sebelum ni. Selalunya Myra akan balik ke Johor, tapi tahun ni Myra tak dapat nak balik Johor. Huhuhu.... Sedihnya. Tapikan raya tahun ni ada yang lagi buat Myra sedih. Siapa lagi kalau bukan kawan-kawan Myra. Myra bukan nak cakap benda buruk pasal diorang. Tapi ni memang berlaku dekat rumah Myra sekali. Boleh buat drama la katakan. Lagipun kebanyakkan ramai kawan-kawan Myra berbakat dalam berlakon ni. Pening Myra duduk nak bagi diorang tenang.


Nak Myra ceritakan apa yang telah berlaku dekat rumah Myra??? Meh-meh Myra ceritakan. Pada suatu hari, ada seorang kawan lelaki Myra ni dah banyak kali jemput Myra datang open house dia. Myra pun tak kisah la. Myra cakap la "Insyaallah tengok keadaan mengizinkan ke tidak. Kalau boleh aku nak datang." Myra ada cakap dengan kawan-kawan Myra "Lepas open house datang la pulak rumah aku. Nanti senang". Bila hari tu sudah tiba kawan-kawan Myra semua dah janji jumpa dekat open house tu. Sebelum Myra nak pergi tu Myra tunggu diorang semua. Yela takkan Myra nak datang seorang je. Tuan rumah tu pun ikut kawan-kawan Myra yang lain dan open house kira dekat la jugak dengan rumah Myra. Last-last lain pulak jadinya. Sebelum Myra nak datang kawan-kawan Myra budak perempuan semua dah jalan awal. Myra sakit hati la, takkan sampai macam tu sekali buat bodoh dekat Myra. Myra tanya la budak perempuan ni kenapa diorang keluar awal. Diorang cakap rumah tu ramai sangat dengan budak lelaki dan Myra datang lambat.

Myra sedih la diorang buat macam tu dekat Myra. Myra dari rumah sanggup tunggu diorang nak sampai dekat open house tu. Last-last diorang pergi macam tu je. Myra diam jela. Myra cakap "Tak apa la kalau korang dah tak ada." Jadi Myra pun duduk la dekat rumah tu. Tiba-tiba budak perempuan ni nak datang beraya dekat rumah Myra. Myra tak kisah la. Myra cakap datang jela. Bila diorang dah sampai diorang cerita dekat Myra yang diorang semua tak puas hati dekat budak lelaki ni. Diorang cakap la yang dekat open house tu, masa budak perempuan ni balik jalan kaki yang lelaki ni buat bodoh je dekat diorang. Mula-mula Myra macam mengiyakan jela. Malas nak cakap pape.

Lepastu, Myra puas call budak lelaki ni. Budak lelaki ni dah janji nak datang rumah Myra. Tapi tak nampak-nampak jugak. Last datang la diorang jugak. Lambat setengah jam je dari budak perempuan. Masa budak lelaki ni sampai, si kaum Hawa ni apa la lagi. Diorang merajuk la dekat kaum Adam ni. Korang semua bayang la ada tu nasib baik la ada segelintir tu duduk diam makan je. Ada tu duduk kejar kaum Hawa ni sebab nak minta maaf. Kaum Adam ni bukan kejar sikit-sikit. DEPAN BELAKANG DEPAN BELAKANG diorang nak cakap nak minta maaf. Macam-macam la si kaum Adam ni buat nak minta maaf dekat kaum Hawa. Pening Myra tengok diorang ni.


Kalau boleh Myra macam nak halau je. Myra bukan nak cakap pe. Mana la Myra tak marah. Kalau korang semua la orang datang rumah korang tapi buat muka masam mesti korang tak sukakan?? Lagi-lagi ni dah tambah dengan drama lagi. Myra tak suka la. Tak beradab dekat rumah orang. Nak bermasam muka pula dekat rumah Myra. Tak sopan la buat macam tu. Lagi-lagi dekat rumah orang. Bagi Myra merajuk tu memang la normal tapi nak merajuk pun agak-agak la. Ni merajuk sebab budak lelaki buat bodoh bila diorang jalan kaki. Sedangkan kalau boleh budak-budak ni nak tolong hantar, masalahnya budak lelaki ni bawa motor takkan nak bawa anak dara hantar balik. Nanti apa la orang luar cakap. Bila Myra nak tolong diorang keras kepala. Tension Myra tengok diorang.

Sekarang ni bila Myra nampak diorang, Myra macam malas nak cakap dengan diorang lagi. Dah banyak benda Myra bersabar dengan diorang. Diorang dah besar kot. Takkan nak perangai macam budak-budak lagi. Nak merajuk pasal tu parah la. Dekat luar tu tak tahu lagi orang macam mana. Dekat luar tu ada macam-macam jenis ada. Dekat luar dah tak ada lagi nak orang nak pujuk-pujuk ni. Untuk entry kali ini, ini la sahaja Myra nak cakapkan. Myra dah tak larat nak cakap pasal kawan Myra. Nama je kawan tapi tak ada pun peragai macam kawan.

P/s: Myra minta maaf la dekat kawan Myra yang terlibat dalam entry ni. Myra dah terlampau sakit hati, marah dan macam-macam la dengan sikap korang.

Hidup Seseorang Tidak Seindah Macam Kita Fikir Atau Kita Lihat Dari Jauh

Hallo!!!! Hari ini Myra nak bagitahu yang hidup seseorang tidak seindah macam kita fikirkan. Kenapa??? Sebab yela cuba korang fikirkan, setiap kebahagiaan mesti de titik peluhkan??? Betulkan??? Myra cakap ni bukan sebab nak jadi mak nenek yang suka duduk membebel je. Myra cakap ni sebab Myra penat tengok kawan-kawan Myra tu. Ada-ada je yang tak kena. Ada je yang diorang tak puas hati. Benda tak puas hati ni memang benda normal. Tapi diorang punya tahap tak puas hati tu siap post kat FB lagi pulak tu. Haish... Bila la korang nak membesar ni???


Anyway... Macam Myra cakap. HIDUP SESEORANG TIDAK SEINDAH MACAM KITA FIKIR ATAU KITA LIHAT DARI JAUH!!! Yela... Mungkin kita lihat dari jauh macam happy je. Tapi kalau kita lihat lagi dekat. Ha!!! Tahu pun kisah sebenar je. Sekarang kisah sedih Myra abaikan sahaja. Sebab Myra tahu yang ada orang lagi teruk dari kisah kita. So korang semua kalau ada masalah yang buat korang sedih korang tak perlu la nak bersedih. We have to be stroger!!! Bukan bila dah dapat masalah terus nak gaduh or nak menangis melalak tak tentu pasal. Memang ada masa tu kita perlu bersedih, tapikan cuba la korang fikir yang orang sekeliling kita yang hidup susah ni lagi la. Jarang sekali diorang mengeluh. So korang tak perlu nak cakap yang korang seorang je yang sedih dan orang paling sekali dalam dunia ni. NO!!! No more excuse!!! Kita kena usaha kalau kita nak sesuatu. Bukan mengeluh je. (Tengok aku dah duduk membebel dah) ==" Apa-apa pun korang kena ingat Motto baru Myra yang HIDUP SESEORANG TIDAK SEINDAH MACAM KITA FIKIR ATAU KITA LIHAT DARI JAUH. Hahaha... Ok la itu sahaja. Myra tak ada cerita lagi. Bubye.

P/s: No need to cry.. Must be stroger...

Minggu Sesi Menangkap Gambar !!!


Muahahaha!!!! (Apa hal pulak ni? =_=") Sekarang ni sesi MENANGKAP GAMBAR!!! Selama ni Myra tak pernah dapat kelas yang sporting. Even diorang ni agak annoying. Tapi lama-lama pun dah biasa. Kelas Myra ni diberi gelaran KELAS KLUSTER. Kenapa kelas Myra panggil KELAS KLUSTER??? Yela cuba korang bayangkan. Kelas Myra ni la paling TER-ramai, TER-bising, TER-nakal, TER-gedik dan segala TER la. Hahaha... Tapi memang syok la tangkap gambar dengan diorang. Mula-mula cikgu cakap tangkap yang formal dulu, lepas tu baru yang tak formal. Yang formal tu semua orang smart je dan dah la sempit sangat sebab bayangkan kelas Myra ada 42 murid. Apa la lagi berdiri rapat-rapat macam nak peluk orang je. Bila dah selesai semua dah lega. Lepastu tak formal, ha segala benda keluar dari budak-budak ni. Sempit ke tak ke semua nak buat posing masing-masing. Even Myra pun sama. Hahaha... Walaupun annoying diorang tetap sporting maa... Itu sahaja. Hehehe... Nanti Myra cari la gambar tu.

P/s: Tak sabar tengok gambar tu!!! Harap-harap sekolah ada jual macam dulu.

Sky Of Love a.k.a Koizora

Hallo!!! Saya sudah balik dari Singapore!!! Muahahaha... Pasal Singapore tu nanti-nanti la Myra cerita. Sekarang ni Myra nak tanya. Korang rasakan kenapa Myra letak tajuk Sky Of Love??? Mesti korang Sky Of Love ni macam awan berbentuk love. Macam ni kat bawah ni


TET!!! Salah!!! Sky Of Love ni cerita drama yang menarik untuk orang macam Myra ni... Hahaha.. Gila perasan. Mari kita tengok gambar-gambar yang ada dalam filem drama ini...








Sekarang ni Myra nak cerita pasal cerita drama Sky Of Love. It's a Japanese drama not Korean. Cerita ni Myra tengok pergh buat Myra teringin nak ada BF macam tu. Punya la setia and sentiasa menjaga awek dia. Nak je pergi dekat sana. Myra tengok cerita ni banyak kali la jugak Myra ulang balik. Nak menangis la jugak tengok cerita ni. Teringin jugak nak jadi dalam cerita ni.

Sekarang Myra nak cerita pasal drama ni. Yang lelaki ni nama dia Hiro and perempuan ni pula Mika. Mula-mulanya macam ni. Mika ni dia nak sangat ada BF. Suatu hari tu kawan Mika ni (tak ingat la pe nama kawan dia tu) dia nak jumpa lelaki yang dia suka tu. Bila dah jumpa Mika ni dengan tidak sengaja terlanggar Hiro ni. Masa hari last sekolah, Mika ni tak jumpa handphone dia. Bila dah jumpa, ada orang yang misteri call dia. So Mika dengan orang misteri tu pun semakin rapat.

Bila sekolah dah habis cuti balik, Mika dengan orang misteri tu pun berjumpa. Korang rasakan siapa orang misteri tu??? Mesti la Hiro. Kalau bukan Hiro siapa la lagi. Bila waktu balik dia jumpa Hiro ni. Dia nampak Hiro tanam bunga yang Mika suka. Sejak daripada itu la Mika terima Hiro ni. So, Hiro ni orang yang setia dan dia akan menjaga Mika dengan sepenuh jiwa la. Sampaikan ada sekali Mika ni kena rogol. Perogol ni diupah oleh bekas awek Hiro. Tapi Myra tak boleh percaya yang Hiro ni dapat jejak perogol tu!!! Wah!!! Mari-mari kita tepuk tangan sama-sama.. Pak.. Pak..

Memang best la. Kalau korang tengok espcially kaum perempuan memang korang suka la tengok drama ni. Sambung balik, Hiro ni dia sentiasa tolong Mika. Masa Mika kena fitnah pun Hiro tolong. Bila musim salji Mika mengandung sebab apa entah Myra tak berapa sure. Tiba-tiba kandungan dia tu dah gugur. Dah gugur Mika dengan Hiro pun berjanji yang diorang akan datang ke tempat tu pada setiap tahun untuk mendoakan anak mereka berdua ni. Bila tahun ke-2 Hiro dah jarang jumpa Mika and sudenlly Hiro minta putus. Mika pun kecewa dan dia pun cuba nak dapatkan Hiro balik. Tapi macam mana pun Hiro tetap menjauhkan diri dia daripada Mika. Mika pun putus asa dan dia pun biarkan Hiro.

Bila Mika dah tak bersama dengan Hiro. Tahun ke-3 Mika dengan seorang lelaki Universiti. TApi tak lama pun. Masa Mika Tahun pertama masuk Universiti masa musim salji Mika dapat jumpa kawan Hiro. Mika pun rasa pelik kenapa kawan Hiro yang datang. Kawan Hiro ni pun bagitau dekat Mika yang Hiro ni sakit kanser dan dia sangat tenat (as usual). Lepastu Mika jumpa Hiro ni dan dia janji yang dia akan jaga Hiro sampai akhir hayat. Tapi tak sampai hajat pun Hiro ni pun mati. Kakak Hiro ada bagi diari Hiro dekat Mika. Sebelum Hiro mati, Hiro cakap dekat Mika yang dia nak jadi langit supaya dia nampak Mika dimana dia berada. Selang beberapa hari kematian Hiro, Mika ni nak bunuh diri tapi tak dapat sebab dia terjatuh ke belakang. Then buku diari Hiro tu pun terbuka dan Mika pun baca dan ada satu page tu Hiro lukis gambar Hiro, Mika dan anak mereka. Sampai sini sahaja la Myra dapat ceritakan. Sebab susah la ending dia. Myra tak tahu nak ceritakan macam mana. Kalau nak tahu tengok la sendiri. Minta maaf ye... Myra dah cari dekat Utube tapi tak jumpa la ending dia yang sebenarnya. Nanti Myra postkan kalau Myra dapat jumpa la. Papai.

P/s: Kepada kaum perempuan you must watch this drama!!! I know the girls like the love story.

Sick + Excited + Regret + Feld Sorry = What???


Haaachuuu!!!! Aduh sakit hidung Myra ni ha.. Itu la, siapa suruh buka air-cond sampai demam??? Dah kena apa lagi tanggung sendiri!!! Punya sakit tu memang tak tertanggung. Tambah lagi bila tekak dah sakit. Sekarang ni tinggal beberapa hari sahaja Myra akan pergi ke Singapore!!! OMG!!! Macam mana nak pergi kalau dah sakit macam ni??? Boleh tak Myra nak ponteng sekolah esok??? Tak larat la Myra nak pergi sekolah esok. Petang ada latihan lagi. Huhuhu... Nak rehat!!!

Sekarang ni Myra rasa menyesal sebab masa Myra pergi Singapore ada even yang best dekat sekolah Myra. Alaaa.... Baru nak syok nak join sekali. Last-last tak dapat jugak. Tak apa la. Mungkin bukan rezeki Myra. Kesian kawan Myra, tak pasal-pasal kena buat kerja yang banyak. Myra pulak berada di Singapore!!! Muahahaha... (Dah gilo sebab demam panas sangat) Ok la sayang-sayang ku. Myra mahu rehat. dah tak larat sangat. Mata pun dah kuyu tengok keyboard ni. Badan dah panas sangat. Papai!!!

P/s: Tadi sempat berlari!!! Konon macam masuk Amazing Race pulak.. Hahaha..

Couple VS Friend. Who Wins???


Assalamualaikum anak-anak ku... Hari ini saya akan cerita mengenai pasangan lawan dengan sahabat... Anak-anak nampak tak de pangkah sebesar alam tu??? Anak-anak tahu ke tidak bahawa pasangan itu tidak bagus untuk manusia yang bawah umur??? Ya... Memang tidak bagus. Tepuk tangan!!! Sengal betul. Dah-dah. Hari ni macam Myra cakap, Myra nak cakap pasal pasangan dengan kawan. Mana penting??? Ada orang tu dia lebihkan pasangan dia berbanding dengan kawan dia. Ada tu dia lebihkan kawan berbanding pasangan dia. Ada tu pulak 50-50 sebab dia pentingkan dua-dua. Tapi bagi Myra la, kalau orang yang lebih pentingkan pasangan dia berbanding kawan dia bagi Myra memang tut... Paham-paham la ye. Myra lagi suka berkawan. Myra bukan nak cakap apa, pasangan ini hanya untuk sementara je. Dekat mana-mana pun ada ramai lagi. Senang cerita jodoh itu di tangan Tuhan. Kita bukan boleh tahu pun siapa pasangan kita sebenarnya.

Kita je yang mengada-ngada nak ada pasangan, nak bercouple-couple la..Kononnya dia la akan membuat kita bahagia semua itu. Tolong la... Kerek kot benda-benda macam ni. Tapi ada kecualinya. Kecuali kalau pasangan itu adalah jodoh kita. Myra cakap macam bukan apanya. Sebab cuba korang semua tengok sekeliling korang. Penuh dengan berkhalwat dan banyak buang bayi. Ini sebab terpengaruh dengan pasangan masing-masing.

Itulah sebabnya bagi Myra, couple la banyak mana pun tetapi kawan yang paling penting dalam dunia ni. Walaupun hanya sementara. Tetapi tetap penting. Yela cube korang fikir. Kalau dalam kesusahan siapa yang korang cari??? Kawan. Kalau korang gaduh dengan pasangan korang siapa korang nak mengadu??? Kawan.Apa lagi ye nak disoal. Entah la. Korang pikir la. Kawan memang penting. Sebab yang paling rapat ialah kawan kita. Bukan Myra nak cakap Myra anti. Tapi untuk kesedaran. (Ceh macam tu pulakkan?) Myra sendiri pun ada teman. Tapi Myra tak heran pun. Kalau macam tu lebih baik Myra tak adakan??? Hahaha... Walaupun ada tapi masing-masing macam budak-budak. Itu yang best tu. Hahaha...

Lagipun Myra pergi mana-mana pun ada je yang berkepit. Sakit mata Myra. Bukan sakit mata jadi merah. Sakit sebab dapat dosa. Sebab kenapa dapat dosa??? Korang pikir la sendiri. One more thing, kalau korang nak couple biarlah cari pasangan sampai naik pelamin, dapat anak, dapat menantu, dapat cucu. Kalau sikit-sikit putus je, nanti korang jugak yang merana dan tak pasal-pasal korang benci ex tu. Ex tu buat macam mana pun korang tetap benci. Itulah, elok-elok baik rapat semua la. Last-last ending dia dah jadi musuh. Bila dah jadi musuh mula la tak puas hati semua la itu la. Lepastu mula la nak dengki-dengki, nak hasut la dan macam-macam la.

So Myra harap korang tak macam tu. Nak bercouple boleh. Tapi seeloknya baik la kita mengelakkan. Belum masanya lagi. Myra cakap macam ni sebab Myra selalu jadi orang tengah. Selalu jadi tempat mengadu dan selalu ditinggalkan. Tapi abaikan semua itu. Dah tak penting pun benda semua tu. Ok-ok balik jalan asal, suka hati korang semua la ye. Myra saja je nak tulis ni sebab Myra bosan dan ingin hilangkan kebosanan. Ok la. Itu sahaja untuk entry ni.

P/s: Kawan tetap penting!!! Anda setuju ke tidak???

Great News !!!


Good Morning!!! Hari ini Myra happy sangat-sangat. Hari ni Myra akan pergi ke Kedah juga!!! Muahahahaha... Yela mula-mula parents Myra cakap tak jadi sebab penat la, itu la, ini la dan macam-macam la.. Tapi akhirnya dapat juga pergi!!! Tak tahu la apa akan terjadi dekat sana nanti. Walaupun pergi hanya untuk kenduri kahwin sahaja. Tetapi Myra tetep excited!!! Muahaha.. (Gila ka apo Myra ni?? ==")

Semalam Myra awal-awal dan siap packing barang. Bayang la punya excitednya. Harap-harap la Myra dapat jumpa kawan.. (I hope so.) Ok la. Myra kena bersiap ni. Siapa-siapa dekat FB tu rindu-rindu la kat Myra ni ye. Bukan lama pun Myra pergi. Sampai hari Ahad je. Lagi-lagi si Momot tu. Hahaha.. Jangan marah ye Momot. Ok la. Papai!!!

P/s: Tak sabar-sabar nak sampai ke sana!!! Doa-doakan la Myra dan family Myra selamat sampai dan selamat pulang.

First Day Home Alone

WARNING: Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, dan pembaca blog sila ambil kapas, bantal atau apa-apa sahaja yang boleh tutup telinga anda. Kerana ada seorang hamba ini ingin menjerit sekuat hatinya karana dia sangat LAPAAAAAAAARRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!! Hamba tersebut akan menyerang ke dapur anda semasa azan waktu magrib kerana hamba tersebut sedang berpuasa. Apabila tiba masanya hamba tersebut akan menyerang dapur anda seprti gambar tersebut.


Ehem-ehem. Okey hari ini merupakan hari pertama Myra duduk sorang-sorang. Mana yang lain??? Macam biasa, semua family Myra sibuk dengan kerja masing-masing. Myra bosan gila la. Tak tahu nak buat apa lagi. Myra tak sabar tunggu hari Jumaat je. Saya mahu pergi ke Kedah!!! Muahahaha... Dapat juga pergi tempat yang Myra suka. Walauupun bagi sesetengah orang tu cakap Kedah tak best, tapi bagi Myra Kedah itu sangat best dan dapat mentenangkan jiwa raga anda ye... Bila dapat pergi Kedah dapat la jumpa kawan-kawan yang dah pindah kat sana tu. Harap-harap la dapat jumpa. BOSAN!!! Terlampau bosan. Aktiviti harian Myra senang je.

List Aktiviti Harian:

* Tengok TV
* Baca Novel
* Updated Benda Baru Dekat Blog
* Guling-guling Atas Katil
* Termenung
* On9 FB

Aktiviti Yang Nak Buat:

* Nak Hangout Dengan Kawan
* Nak Buat Experiment Makanan
* Nak Jalan-jalan
* Nak Jumpa Kawan Lama
* Nak Pergi Training
* Nak Jogging

Hah.. Ini la yang Myra buat setiap hari dan aktivit yang Myra nak buat. Tapi malangnya parents Myra tak bagi. Lagipun Myra bosan duduk seorang je dekat rumah ni. Rumah besar tapi sunyi gila. Ni la jadi anak bongsu. Kakak-kakak dan abang-abang Myra dah sibuk hal masing-masing. Myra pe la lagi. Sibukkan diri Myra. Sibuk buat apa??? Ni la. Duduk depan lappy. Dari pagi sampai la hari esok. Macam mana la lappy ni tak rosak. Sikit-sikit on9 je memanjang. Bosan kot. Duduk menung je. Nak tengok TV pun tak ada cerita sangat. Sikit-sikit cerita yang sama je. Sampai dah hafal dah dialog watak-watak tu. Anyway, Myra harap cuti tak ada la bosan macam selalu. Mesti la nak ada benda menarik. Betul tak??? Betul tak??? Ok la. Nanti kalau lagi lama, Myra lagi melalut. Bukan setakat melalut, merepek sengala benda la Myra cakap kat sini. Tengok tu Myra dah melalut... Puh.. Puh.. Itu sahaja.. Papai!!!

P/s: Jaga diri baik-baik!!! =D

I'm Back!!! Muahahaha!!!!

Halu!!! I'm back!!! Muahahahaha.... Almaklumlah sekarangkan waktu cuti. So bila dah cuti dah tak tahu nak buat aktiviti apa. Tapi yang tak seronoknya Myra kena duduk seorang je dekat rumah ni. Nak keluar dengan kawan nanti ayah bising. Dah serik kot kena membebel. Duduklah dekat rumah. Sama ada on9 dan kemas rumah. Tu jela aktiviti harian Myra bila masa cuti. Tapi Myra tak sabar tunggu hari Jumaat!!! Nanti boleh pergi Kedah!!! Muahahaha... Family Myra cadangkan nanti nak pergi Singapura!!! Muahaha... Syok kot.. Tapi masalahnya nak pergi tu masa sekolah. Tak apa la... Nanti Myra ponteng sekolah. Gila jahatkan??? Anyway sejak kebelakagan ni Myra tak tahu la mengapa blog semua orang tak boleh nak buka. Even Myra punya pun tak dapat nak buka. Bila dah tak boleh buka blog kesayangan ni, nak buka email. Email pun tak dapat buka. Puas la nk login.. Tapi tak dapat-dapat juga. Muka Myra dah macam ni...


Gila marah kot. Dah la tak boleh buka blog. Lepastu dah tak dapat nak buka email... Nak je hentak-hentak lappy ni dan nak bomkan email dan blog ni. Baru hati puas!!! Muahahaha... Otak pun tengah berserabut. So nak tak nak kena la buat blog baru dan email baru. Lepastu ada kawan Myra ni nak jadi designer untuk blog Myra. Myra ok jela.. So dia hias-hias la blog baru Myra. Tapi bila semalam Myra dok fikir-fikir. Sebenarnye boleh buka. Myra buat la dengan cara Myra la.. Last-last dapat jugak. Muahahahaha!!!!(Gila evil aku hari ni. ==") Punya la suka. Bila Myra cakap kat kawan yang blog dah boleh buka, dia bengang je dekat Myra... Hahaha... Kesian kawan Myra tu. Penat-penat dia buat. Momot jangan la marah dekat saya!!! Momot jangan risau nanti Myra belanja Momot Crispy au... Sekarang ni tengah sakit... Kesian sangat-sangat. Tak apa-apa.. Jangan risau... Nanti lama-lama Momot sihat la tu.. Itu saja!!! Kalau Myra rajin Myra post lagi... Bubye!!!!

P/s: Cepat sihat au Momot. Nanti boleh hias-hias blog Myra ni... Momot jangan marah dekat Myra.

Malunya!!!


Aaaaarrrrrgggghhhh!!!! Malunya bila fikirkan balik!!! Korang nak tahu tak apa yang terjadi sebenarnya??? Cucite.. Cucite.. Sebenarnya macam ni. Semalam selepas Myra training Taekwondo, Myra dengan budak-budak Form 1 duduk dekat bas stop. Masa Myra tengah syok rilex, ada pulak seorang mamat ni tanya mana sekolah SHAMS. Mula-mula mamat tu tanya budak-budak ni. Lepastu budak-budak ni main pas-pas je. Last-last Myra jugak yang kena. Time tu dah la Myra tengah penat. Myra pun main cakap je.

Myra cakap macam ni.. "Turun bukit kat sana lepastu terus je. Belok kanan. Betul ke??? Jap-jap... Lepastu belok kiri, terus, dan belok kanan." ==" Myra merepek je dan Myra loading sangat-sangat. Sekolah tu dekat dengan kubur kristian. Ada ke patut Myra cakap kubur gereja??? Myra tahu korang mesti gelakkan Myra. Bila orang tu dah blah, budak-budak ni gelakkan Myra. Budak-budak tu pun cakap orang tu gelakkan Myra jugak. Myra puas la fikir pe yang kelakar sangat. Diorang cakap macam ni "Akak ni. Boleh pulak cakap da kubur lepastu ada gereja??? Orang sepatutnya kubur kristian la akak." ==" Tu la Myra suka sangat melalut. Kesian Myra kan?? Tak pasal-pasal kena gelak.

Bila myra cerita dekat mak Myra. Mak Myra cakap la. "Kenapa tak cakap lalu jalan besar?? Kan susah lalu pendalaman." Myra... Myra... Kenapalah ko tak terfikir lalu kat kawasan tu??? Kalau ikut jalan tu memang senang. Just straight sampai traffic light belok kanan dan terus je dah sampai. Myra.. Myra.. Itulah!!! Suka sangat melalutkan??? Tapi lantaklah.. Myra cakap dengan budak-budak ni "Biarlah diorang tu. Diorang dah besar. Pandai-pandailah diorang hidup." Ok lah. Itu sahaja untuk hari ni... Papai!!!

P/s: Malu!!!

Happy Sangat-Sangat!!!


Happy!!! Happy!!! Hoho... Myra rasa happy sangat-sangat... Ada dua benda yang buat Myra happy sangat. 1st sekali hari ni ada pertandingan Choral Speaking. Cuba korang teka... Sekolah dapat 3rd place!!! Walaupun 3rd, kitorang bangga sangat. Myra dengan geng-geng Myra semua melompat dan Myra sempat lagi joget dengan conductress... Hahaha... Kelakar gila... Tapi masa dah sampai, semua orang takut, sebab kitorang punya giliran yang ke-3 pulak tu. Tapi bila dah habis kitorang semua joget. Semua orang pandang kitorang buat macam tu. Kitorang joget sampai kawan-kawan Myra marah dekat Myra. Kawan Myra dekat Myra "korang ni!!! Dahlah tu!!! Orang lain tengok au... Korang ni gelagat macam dah menang je." Lepastu kitorang cakap la. "Wei, teacher sendiri dah cakap. Win or lose don't think about it. Just go and have some fun!!!"

Macam-macam la kitorang buat. Tapi bila masa pencapaian hadiah. Semua orang gugup, kecut perut, berdebar-debar dan macam-macam la. Mula-mula nak bagi sijil. Semua sekolah dapat, tapi sekolah Myra je macam tak sebut. Tapi kitorang tenang sebab, Kak Aisyah kata selalunya yang dapat dulu ni yang kalah. Jadi sekolah Myra selamat la. Bila buat pengumuman "Tempat ke-3, dimenangi oleh... SMK DATO' HAJI MOHD REDZA!!!!" Kitorang semua apa lagi. Melompat la... Dengan jerit huraii la, itu la, ini la dan macam-macam la. Masa nak balik kitorang dalam bas, macam-macam kitorang nyanyi untuk cikgu-cikgu Myra. Best gila la.. Kitorang punya la riuh dalam bas tu. Dah sampai sekolah pun kitorang riuh lagi. Riuh sebab da menang.

Ok-ok.. Dah habis cerita 1st. Sekarang cerita yang kedua pulak. 2nd yang buat Myra gembira ialah Myra dapat pecahkan papan kayu for the 1st time in my life!!! Cerita macam ni. Hari Sabtu Myra ada ujian Taekwondo. Peringkat Myra sekarang ni kena pecahkan papan. Mula-mula Myra rasa takut la jugak. Yela seumur hidup Myra tak pernah pecahkan papan. Ini first time pecahkan papan!!!

Kawan-kawan Myra semua kata yang Myra seorang je yang menjerit sendiri. =,=" Myra tak kisah pun. Bagi Myra biar ada semangat sikit. Kalau tak diam je macam orang bisu. Sir Myra pun ada cakap, "Orang bisu pun ada suara jugak. Ini korang yang normal pun tak nak keluarkan suara." =,= Tapi apa-apa pun harap Myra lulus ujian. Takut kot sebab masa ujian tu kawan Myra entah pape la. Mula-mula kena buat induvidu.Lepas dah buat individu, kitorang kena buat psangan pulak. Pasangan Myra kawan Myra jugak. Kawan Myra tu pun entah pape la. Dia sikit-sikit suruh Myra buat je. Sampaikan Myra pun dah salah step. Dia buat empat je. Apa-apa pun Myra harap Myra lulus. Lagi satu kitorang nak ujian pun kena bayar. Peerrgggghhhh... Memang banyak la duit la nak keluarkan. Ok la... Itu sahaja untuk hari ni. Harap-harap Myra lulus ujian!!!

P/s: Hari ni rasa gembira sangat-sangat!!!

Bukan Semua Cantik Subjektif

Halu!!! Hari ni Myra nak tunjuk Video daripada mamat yang agak sporting. Myra pun suka tengok video dia. Tapi dalam banyak-banyak video, yang ni la paling best sekali. So harap korang terhibur ye!!! Enjoy~!!!

Terpinggir Lagi... T_T


Halu... Hari ni Myra sedih sangat-sangat. Myra macam terpinggir je dengan kawan-kawan Myra. Mula-mula dengan kawan rapat Myra. Mentang-mentang dia dah ada kawan baru, dia lupa dekat Myra. Macam Myra ni da tak wujud lagi dekat mata dia. Kalau Myra nak marah pun tak guna. Baik Myra duduk diam. Lagi best. Buat hal sendiri. Toksah nak fikirkan orang lain. Diri sendiri pun tak terjaga, ni pulak nak fikirkan orang lain.

Myra benci Form 4!!!!! Sikit-sikit kena terpinggir je dan kena bising dari mak ayah. Kena sabar jela. Nak buat macam mana lagikan. Tambah lagi minggu ni yang amat mebosankan. Sekarang musim FIFA dekat sekolah Myra. Semua orang tak boleh tengok bola. Bosan kot tak dapat tengok bola. Tapi kitorang pun curi-curi tengok jugak. Hehehe...

BOSAN!!!!!!!! Myra bosan tambah dengan stress minggu depan Myra nak ujian lagi dengan pertandingan Choral Speaking. Penat!!! Banyak benda nak kena ingat. Nanti Myra kena buat betul-betul!!! Bak kata orang GABATTE!!! (Betul ke??? Entahlah.. Biarin aja...)

Tadi baru je Final Bola STAD VS KLIA. STAD menang. Bila balik. Myra tak dapat tengok kawan Myra. Kawan Myra ni Myra kenal dari laman sosial dan sekolah Myra dengan dia pun tak jauh. Jadi Myra nak kenal la mamat ni. Tambah lagi mamat ni minat bola. Tapi kawan Myra ni.. Haish... Tak nak la Myra nak cakap. Konon dia kata dia nampak Myra. Bila Myra tanya-tanya banyak kali.. Rupanya tak. Dia nampak orang lain. ==" Myra punya la kecewa. Tapi tak pela. Myra pun malas nak fikirkan. Orang macam Myra ni tak ada orang nak pandang lagi. Even kawan baik Myra pun dah tak ingat kat Myra. Sekarang Myra kena berdiri seorang la...

P/s: Kecewa sangat-sangat. Myra tak tahu nak cakap apa lagi. Myra tahu hati ni sedih sangat-sangat.

Busy + Tired + Homework + Choral + Exam = @_@


Halu... Halu.. Testing.. Ehem.. Sorry ye pada encik-encik, cik-cik, tuan-tuan dan puan- puan sebab Myra tak update benda baru.. Nama pun orang busy. Haha.. Sekarang ni Myra memang selalu busy.. Kerja rumah tak pernah habis.. Makin lama bertambah adalah. Banyak benda Myra nak cerita dekat korang semua.. Tapi Myra cerita mana yang mampu.

Minggu lepas, minggu yang paling best bagi Myra. Macam-macam benda berlaku. Minggu lepas Harijadi Myra!!! Tambah lagi Abang Amirul dengan Kakak Shahira datang nak melawat Myra!!! Best memang best sangat-sangat. Tapi yang Myra tak boleh tahan budak-budak kelas Myra. Adalah seorang budak tu. Myra tak tahu pe kena dekat dia tiba-tiba je panggil nama Myra. Bukan sekali atau dua kali.. Banyak kali dia panggil Myra..

Ceritanya macam ni. Masa Myra punya Birthday, cikgu praktikal Math Myra nak semua orang nyanyi lagu Harijadi. Lepastu mula la diorang semua salah paham. Dia ingat Myra ni bodek cikgu la. Itu la, ini la.. Mula-mula Myra sabar je. Tapi masa hari Sabtu, satu hari Myra tak online sebab Myra dekat Rawang ada pertandingan. Bila hari esok Myra online FB, Myra tengok diorang mengumpat Myra. Myra dah sakit hati sangat-sangat. Bukan setakat mengumpat, diorang boleh cakap yang Myra keluar dengan cikgu tu. Tolong la.. Macam budak terencat akal. Kalau boleh Myra nak bakar je budak-budak tu. Gedik kot. Diorang ingat dah bagus sangat. Myra bukan nak membodek cikgu ke apa. Myra just jadi diri Myra je. Diorang tu cemburu sangat tu kenapa??? Sakit hati kot.

Tadi dalam kelas Myra nak je buat dajjal. Myra nak letak air diorang dengan julap. Julap ni buat orang sakit perut. Nasib baik Myra tak buat pape dekat air diorang. Nasib baik Myra ada iman lagi. Kalau tak habislah diorang lintang-pukang nak masuk tandas. Sakit hati kot. Sesedap hati je nak heboh dekat FB. Tapi dekat sekolah diorang yang tergedik-gedik dekat cikgu. Sekarang siapa yang gedik??!!! Sabar jela...

Sakit hati Myra. Diorang ni menggunakan publisiti murahan. Haish... Pape jela. Malas Myra nak fikir sekarang. Myra sekarang tak sabar nak tengok budak-budak ni kena halau. Baru aman nak belajar. Kalau ramai tapi pandai jaga diri tak apalah. Ini.. ==" Semua sama je. Dahlah.. Malas Myra nak cakap banyak-banyak. Mak Myra dah bising dan korang pun mesti penat nak bacakan? Wasalam dan papai!!!

P/s: Tunggulah... Myra maki korang cukup-cukup.

Cuti-cuti Sudah Kembali Lagi!!! ^_^



Yeah!!! Yeah!!! Sekarang "Cuti-cuti Sekolah!!!" Hoho... Bestnye!!! Exam pun dah selesai. Sekarang masa untuk rehat. Tapi bosan jugak cuti seminggu ni. Yela, tak ada benda nak buat. Family Myra semua kerja. Tinggal la Myra dengan abang Myra. Ada abang pun tapi masing-masing buat hal sendiri. Kalau ikutkan cuti ni nak pergi luar negara!!! Nak pergi Ireland!!! Mula-mula excited jugak. Tapi disebabkan terlampau mahal dan abang Myra nak balik, so tak payah la nak habiskan duit. Cuba bayangkan, duit tambang seorang pergi balik lebih RM 4 ribu!!! Itu belum lagi tambang duit poket. Nak pergi pun satu family Myra. Ayah Myra kena bayar untuk Myra sekali. Akak-akak dan abang Myra tu diorang tanggung sendiri la. Dah kerja beb. Baik tunggu abang Myra balik. Bukan Lama pun. Pejam celik, pejam celik dia dah balik!!!

Lepas cuti pulak kena tanggung perasaan yang bercampur aduk. Ada yang takut, gelisah, and macam-macam la... Myra tak boleh nak bayang la sebab nak ambil keputusan!!! @_@ Sekarang dah masuk Form 4. So... Semua format dah tukar, tambah lagi subjek baru. Lagi la mata dah jadi pangkah X_X. Lepastu, dengar khabar angin siapa yang dapat teruk, kena keluar dari kelas 4 Cekal!!! Takut wooo... Kelas 4 Cekal la kelas yang best!!! (Bagi Myra la) Harap-harap la Myra tak kena keluar dari kelas tu. Sayang kot. Nanti kalau keluar, masuk kelas lain, lepastu kena belajar subjek baru. Otak boleh jadi sakit ma... Kalau la budak yang tak sepatutnya tak keluar, memang Myra sakit hati la. Bukan sakit hati. Boleh jadi sakit jiwa. Haha.. Melalut je Myra ni. Tapi harap-harap Myra tak kena keluar dari kelas Myra 4 Cekal.

P/s: Cuti nak jalan-jalan pergi mana??? Any idea???

Please!!! Jangan Jadi Hipokrit...


Halo.. Halo... Testing 123.. Testing.. Ehem.. Ehem.. Hari ni Myra nak cerita pasal dekat sekolah. Macam biasa la.. Lepas sekolah tadi, Myra dah janji nak ajar kawan-kawan Myra Math. Bagi Myra ok je. Tapi Myra tak boleh tahan yang Myra akan melepak budak-budak yang Myra akan rasa terpinggir gila. Tapi Myra redha jela. Nak buat macam manakan? Yang Myra nak ajar pun kawan-kawan Myra. Kalau kawan kita perlu bekorban bukan menyakitkan hati dia..

Masa tengah duduk menunggu, Myra jela dengar yang diorang cakap. Itu ok lagi. Tapi yang Myra tak boleh tahan, yang kawan baik Myra tu. Peeeeerrrrrrggggggghhhhhh... Nak pandang pun macam sakit hati sikit. Bukan nak kata Myra jeles. Tapi entah la. Tapi Myra buat-buat tak nampak. Myra tak boleh terima la.. Kawan Myra tu macam terdesak. Bayangkan la, dulu kawan Myra tu tergilakan seorang perempuan. Perempuan tu pun kawan Myra. 3 tahun kot dia suka dekat perempuan tu. Tapi sekarang??? Dia dengan perempuan hipokrit. Myra rasa kesian dekat mamat tu.

Sebelum nak mengajar tu, kawan-kawan Myra pergi makan dekat kantin. Yang tinggal dekat pondok Myra dengan dua kawan Myra. Myra pun buka mulut la.. Sebab sebelum ni Myra duduk diam je. Myra tak keluarkan satu suara pun. Myra tanya macam-macam dekat dua orang ni. Bila syok duduk bercerita, Myra pergi kantin kejap nak beli air la. Nampak pulak budak-budak tadi dah habis makan. Myra berselisih dengan diorang. Myra buat tak layan je. Apa yang diorang cakap Myra buat bodoh je. Bila dah beli, pergi dekat pondok. Myra duduk diam sebab pasangan baru tu ada. Jadi Myra diam jela.

Diorang syok bercerita, pasangan lelaki tu tanya Myra "Ily kenapa kau duduk diam je dari tadi?" Myra diam je. Myra tak layan. Dia agak terasa la jugak. Tapi Myra buat bodoh je. Myra nak skip cerita sikit. Masa dah habis belajar semua tu, yang hipokrit ni la mula ntah pape. Myra duduk pandang je. Myra penat tengok lakonan minah tu. Nampak je baik tapi belakang. Maih.. Kalah Myra. Myra yang jahat pun kalah au. Budak perempuan je tau perangai sebenar dia. Lelaki nampak dia baik, sebab dia cakap baik.. Tapi dekat perempuan.. Tak payah la Myra nak cakap. Paham-paham jela. Ok la.. Myra tak nak cerita panjang-panjang. Keluarga Myra dah bising.. Wasalam  Papai!!! ^_^

P/s: Just be your self.. Don't be a hipokrit. Orang tak akan suka sampai bila-bila. Orang lagi suka diri kita sebenar. Bukan belakon jadi orang lain..

Dalam Hati Tidak Ada Taman Lagi...


Ehem.. Ehem.. Hari ni Myra nak cerita sikit je. Dekat sekolah Myra ada Merentas Desa.. Myra excited gila nak tengok siapa yang menang. Tapi ada satu sketsa yang buat Myra tak nak berlaku dekat diri Myra. Myra menangis dan Myra macam kena tipu je. Masa dah seronok jaga kedai semua tu, tiba-tiba pulak, ada seorang kawan Myra ni kata yang best friend Myra ni dah ada awek. Kawan baik Myra ni budak yang nak pindah kelas Myra. Hati Myra punya la sedih. Bukan Myra suka dekat best friend Myra tu. Tapi macam Myra sedih la. Myra rapat dengan dia sejak Form 2. Myra tak tahu nak cakap macam mana, yang Myra tahu Myra dah tak happy macam dulu lagi.

Patut la sekarang Myra selalu marah dia. Rupa-rupanya dalam diam dah ada awek. Kalau boleh Myra nak menangis je. Sekarang ni Myra sikit-sikit terpinggir je. Macam dah tak ada kawan lagi dah. Lepastu tambah lagi dengan kawan baik Myra ni. Lagi Myra sedih. Myra bukan nak halang kawan Myra tu. Kawan Myra ni tak kenal budak tu lagi. Kadang-kadang Myra pun fikir, "Apalah salah aku dekat korang semua???" 

Bayangkan, Myra punya la happy dapat sama kelas dengan dia sampaikan Myra melompat. Tapi sekarang.. Haish.. Myra tak nak fikir lagi. Patut la dia selalu pergi ke kelas lama dia balik. Rupanya nak jumpe awek dia. Sakit hati Myra. Kalau la sayang sangat dekat kelas tu, kenapa korang masuk kelas Myra??? Myra terlampau sedih. Myra bukan nak tuduh awek dia bukan-bukan. Tapi memang kenyataan. Kawan Myra yang lain kata, sabar jela. Dalam hati Myra biarkan jela. Myra anggap jela yang dia dah tak wujud depan Myra lagi. Senang cerita Myra sedih sebab selalu rasa terpinggir.

P/s: Bestkan?? Kalau kita jadi budak sekolah rendah.. Tak ada perasaan sedih pun. Sentiasa happy je. Tak perlu nak tanggung hati ni..

Happy Like "Kanak-kanak Ribena"

Halu.. Halu.. Hari baru nak tulis kat blog ni.. Agak dah lama tinggalkan.. Macam rindu sikit.. Hehe.. Boleh pulak macam tu pulak... Hari ini Myra gembira sangat-sangat. Sebab dari hari isnin Myra badmood je.. Tapi hari ni Myra happy macam dalam gambar bawah ini.. Macam dalam hati ada taman.. (Taman kebudak-budakan)  Haha.. ^_^


Ini yang Myra nak ceritakan dekat yang tengah membaca B.L.O.G Myra ini macam-macam la.. Tapi Myra cerita apa yang Myra mampu dulu. Mula-mula nak cerita pasal hari ini.. Myra gembira pasal dua orang kawan baik Myra akan pindah dekat kelas Myra.. Hoho.. Best betul la.. Ceritanya macam ini. Masa waktu sains kelas Myra kena pergi makmal. Nak pergi makmal itu kena lalu kelas kawan Myra tu. Masa lalu tu kawan Myra la cakap dekat Myra yang dia nak pindah kelas Myra.. Myra tanya balik boleh dapat ke?? Pastu diorang hulur satu kertas. Myra baca-baca, diorang dapat kebenaran!!!! Hoho.. Bestnye!!! Melompat-lompat Myra yang diorang dapat kebenaran... Walaupun kebenaran tapi Myra gembira jugak.

Masa nak tunggu cikgu datang, Myra cakap la kalau nak masuk kelas Myra boleh. Tapi jangan duduk bising pulak. Sebab Nina kawan Myra nak buat report pasal kelas Myra. Kelas Myra punya la bising macam pasar.. Serius, memang bising. Kalau korang masuk pun mesti sakit hati. Time belajar bising, time tak belajar pun bising. Kadang-kadang tu tension Myra dibuatnya. Ada sekali tu Myra marah gila-gila la.. Sebab Myra dah fed up gile..

Macam ini ceritanya. Hari Isnin pagi-pagi tak pasal-pasal Myra kena tarik belakang sebab kononnya Myra bising waktu perhimpunan. Sedangakan orang lain bising Myra pulak yang kena. Bila nak pergi surau Myra nampak cikgu yang tarik Myra. Lepastu cikgu tu drop Myra. Ok fine. Myra diam, Myra redha je. Lepas rehat, Myra dah ok balik. Sebelum waktu Math, ada kawan Myra pinjam buku nota math. Myra bagi. Bila waktu Math cikgu masuk dan suruh salin nota dekat depan. Myra mintak dekat Nina sebab tempat Nina lagi dekat. Bila dah dapat balik, Myra tengok dekat depan nama Myra ada orang pergi letak highlight. Dalam hati Myra kata "Siapa yang bijak sangat yang buat kerja cerdik ni??" Myra tahan je. Myra tahu takkan benda itu pun Myra nak marah. Tapikan cuba korang fikirkan. Orang pinjam buku lepastu buku tu orang conteng. Mesti sakit hatikan???

Lepas waktu Math, Myra tanya kawan Myra tu siapa yang buat kerja cerdik ini?? Dia cakap la ada budak lelaki itu. Myra pergi tempat mamat tu. Myra tanya. "Wei kau ke highlight nama aku??" Lepastu mamat tu sengih macam senyum kambing B***.  Myra maki dia "Kau ni kenapa??? Aku ada wat hal dekat kau  ke??" Mamat tu diam je. Myra sambung lagi "Kau tu dah la memekak dalam kelas, dah la biadap, tak nak belajar. Kau fikir kau bagus sangat ke?? Kau dah pandai???" Mamat tu diam je. Myra marah pun ramai orang terperanjat. Mencarut-carut Myra marahkan dia. Sebelum ni Myra tak pernah mencarut banyak. Myra cakap b**** je, yang lain semua tu Myra tak keluar pun dari mulut Myra. Siapa tak marahkan??? Sakit hati Myra. Kalau boleh Myra nak marah je lagi. Tapi Myra blah dari tempat tu. Myra sabar je. Nak marah banyak-banyak pun tak guna jugak. Buat sakitkan tekak je.

Lepas Math, mamat tu duduk diam je. Myra sakit hati semua tu ada. Sekarang ni Myra tunggu je yang Nina nak buat report. Diorang masuk kelas Myra sebab nak nama je. Kalau ikutkan diorang tak boleh masuk. Buat masa sekarang ni Myra kena sabar dulu. Lagipun budak-budak kelas Myra tu ramai budak spoiled. K la sampai sini je Myra cerita. Insyaallah Myra akan cerita HOT kalau dapat jumpa bahan-bahan.. Hehe.. Wasalam and  Papai ^_^

P/S: Siapa tahu siapa orang tu diam-diam sudah dan siapa yang tak suka kawan Myra nak masuk kelas Myra suka hati korang la. Asalkan diorang tak macam budak-budak kelas kita.

Get Ready!!! Cuti-cuti Sekolah Sudah Tamat!!!


Hoho… Cuti seminggu dah habis.. Sekarang kena bersedia untuk menerima homework yang banyak gila tu. Sampaikan tangan naik lenguh nak menulis je. Tulis sampai tak ada penghujung. Sekarang Myra nak cerita pasal ayah Myra dari dulu sampai sekarang sama je. Minggu sebelum cuti Tahun Baru Cina, ayah Myra cerita dengan Myra dan mak Myra… Masa ayah Myra mengajar dekat Sabah ayah Myra cakap la yang dia ada anak murid pandai tarian naga. Ayah Myra suruh anak murid tu buat tarian naga, tapi anak murid tu kata tak ada kepala so tak boleh buat tarian la... Ayah Myra cikgu KH. Ayah Myra pun tengok satu bengkel tu. Last-last korang tahu pe yang ayah Myra nampak??? Ayah Myra Nampak baldi dan ayah Myra suruh anak murd tu ambil baldi jadikan baldi tu kepala naga… Haha.. Lepastu satu kelas tu buat gendang dan budak tu pun (agaknyalah) menari dengan bersungguh-sungguh.. =_=” Lawak pun ada jugak. Ayah Myra dari dulu sampai sekarang sama je. Haish..

Tadi dekat sekolah macam biasa la. Buat kerja sekolah yang tak siap tu.. Itu tak heran sangat la nak cerita. Semalam masa balik yang Myra sakit hati. Ada kawan Myra tu nak Myra ajar Add Math. Myra ok je kalau bab mengajar ni. Lepastu Myra puas tunggu dia. Kawan Myra tu tak habis-habis merayau je. Sampaikan Myra marah baru dia boleh duduk diam. Masa Myra tengah ajar dia. Ajar-ajar baru je lepas satu soalan dia kata kena blah sebab de orang lain dia dah janji nak jumpa… =_=” Sabar jela. Dia nak jumpa awek la tu. Kalau macam tu lebih baik Myra duduk rumah. Balik pun jalan kaki. Masa dah habis belajar tu rasa malas pulak nak balik. So Myra duduk la dengan Ejoy dekat pondok belajar. Lepastu Kakya pulak sampai. Lepas Kakya kekasih gelap Kakya dah sampai. Hehe.. Sengaja nak panggil kekasih gelap Kakya. Kakya ni dah la comel, kecil-kecil je. So mestilah ramai peminatkan??? Betul tak? Betul tak? Kekasih gelap tu kawan Myra yang agak rapat la jugak. Kawan  Myra tu suka dekat Kakya sejak Form 1 sampai la sekarang dah nak masuk Form 4. Macam cinta sejati pun ada jugak. Haha.. Susah kot nak cari lelaki macam tu sekarang.

Myra paling sukakan kenakan dia. Kawan Myra tu dia macam gagap bila nak cakap dengan Kakya. Myra da banyak kali bagi peluang dekat dia. Macam hari ni masa Myra duduk dekat pondok dengan Kakya, Ejoy dan kekasih gelap tu,untuk pengetahuan korang la kekasih gelap tu dia macam tak tahu nak cakap apa dengan Kakya. Myra dengan Ejoy macam satu kepala so tahu-tahu jela Myra ni macam manakan. Mula-mula pandang Ejoy dan Myra pun jelling-jeling la kat Kakya. Kekasih gelap dia tu macam menyirap kat Myra pun ada juga.. Haha.. Masa Kakya pergi tengok kakak dia ada ke tak, Myra ada cakap dekat kekasih gelap tu yang Myra ni selalu kacau Kakya. Mamat tu pandang Myra macam nak makan pun ada. Dia cakap dekat Myra “Kau kalau nak buat benda macam tu, kau kena mintak kebenaran dari aku.” Wah!!! Sayang jugak dekat Kakya kita ni. Haha.. Luar  tengok macam tak ada perasaan je, tapi dalam hati ada taman. Untung la Kakya kita tu.

Hari ni pulak cikgu BM dan Math Myra ada cakap yang cikgu praktikal akan ganti sampai bulan Mei. Aduh… Ini Myra yang tak suka. Cikgu yang best jela selalu kena tukar dengan cikgu praktikal. Masa waktu PSK sepatutnya cikgu BM Myra masuk relief tapi yang masuk cikgu praktikal. Mula-mula tengok macam biasa je, tapi cara dia mengarah orang macam askar. Menjerit-menjerit… Takut pulak nanti kalau belajar dengan dia. Lepastu dia suruh keluarkan kertas dan senaraikan 10 kata adjektif. Kitorang semua tak beberapa pandai dengan tatabahasa. Bila semua orang tak tahu, cikgu pun bagi tahu yang kata adjektif tu kata sifat. So kitorang pun senaraikan 10 kata sifat berbeza. Lepas dah hantar, cikgu nak baca seorang demi seorang punya. Myra cakap dekat Kakya “Kakya pendek, Kakya bantut, Kakya rabun, Kakya malas dan blah blah blah…” Kakya dengar pun geram je. Haha.. Kesian dengan Kakya kita ni. Tak habis-habis kena dari Myra. Apa lagi nak cerita... aaaaaaaaa... Entah la. Tak apa tak apa. Nanti Myra post lagi. Wasalam dan papai!!! ^_^

Bencinya!!! Perlu Ke Menunding Orang???


Haluu.. Haluu.. Myra minta maaf la banyak-banyak sebab terlampau banyak homework. Sekarang ni tengah free. Sekejap je, lepas ini busy la balik. Hari ni Myra nak cerita tentang classmate Myra yang agak tak reti beri kerjasama. Masing-masing pentingkan diri sendiri. Myra tak kisah kalau tak nak tolong. Ok fine. Myra tak kisah... Tapi ni tak, dah la tak nak tolong lepastu duit tak nak bayar. Ada yang susah pun pandai bayar. Macam mana Myra tak fed up??? Sampaikan ada sekali Myra naik angin gila. Kelas Myra ada dua bendahari. Ketua bendahari tu agak lembut, senang cerita macam tak tegas la. Yang assistant pulak nama je assistant tapi tak nak buat kerja.

Cuba bayangkan la, kelas Myra ada hampir 40 murid yang bayar duit kelas hanya 9 orang je. Yang lain tahu nak kelas tu cantik tapi tak nak bayar. Kadang-kadang Myra marah dekat bendahari. Bendahari Myra tu dia lembut sangat dengan orang. Yang assistant die pulak pandai mengata orang, tapi dia sendiri pun sama je. Myra tak paham betul diorang tu. Myra pulak tak pasal-pasal kena jadi AJK Keceriaan. Walaupun benda tu remeh je tapi kena jugak buat kerja. Myra kena hiaskan kelas tu sampai cantik.

Masa Myra nak berbincang, semua orang main-main. Sakit hati Myra. Sikit-sikit tak apa la jugak. Ini tak, sikit-sikit gelak lepastu kalau kelas tu ada yang tak kena, mula la sesi tuding-menunding orang... Haish.. =_=" Dalam hati kata, "Bila la korang nak sedar???" Myra dah tak tahan la. Diorang ambil mudah je. Bila Myra marah, bertegas dan semua tu diorang boleh kata "Kenapa kau nak marah-mrah pulak ni??" Macam mana Myra tak marah??? Kalau korang jadi tempat Myra pun mesti korang fed up jgak an??? Seriosly walaupun diorang tu kawan Myra, tapi Myra tak suka attitude diorang. Bagi Myra la diorang fikir yang diorang dah cukup bagus.

Kadang-kadang Myra lalu kelas lain, Myra rasa cemburu gila. Sebab diorang tolong-menolong. Budak kelas last pun reti buat kerjasama. Bagi Myra come on la, kita dah besar kot. Sepatutnya tak ada buat perangai macam tu. Classmate Myra hampir semua macam selfish gila. Kata penat la, itu la, ini la.. Myra pun penat. Setiap hari balik jalan kaki. Diorang balik ada kenderaan masing-masing. Yang tukang hias kat kelas tu Myra, Nina dengan budak-budak cina. Budak cina yang tak paham bahasa melayu pun reti nak buat kerja. Lepastu burukkan nama kelas Myra. Dalam hati Myra "Bila la korang nak sedar semua ni???" Ok la, Myra tak nak membebel banyak-banyak. Sebab tengah sakit hati gila ni!!! Wasalam bubye!!!

P/s: Kepada pembaca yang berkenaan dan yang terasa tu, tolong la berubah. Kalau korang macam ni je, korang tak akan ke mana de.

So Bored!!! Almost To Be A Crazy Person...


Ehem.. Ehem.. Sebelum nak start bagi Myra nak jerit sekuat hati dulu. BOSAN!!! Sekarang Myra duduk bosan je. Tak kira la rumah ke atau sekolah. Kalau dekat rumah tak ada kawan. Kalau dekat sekolah pulak bosan jugak. Yela, si Mad dengan Ejam dah pindah jauh. So Myra dengan Kakya pun dah bosan duduk dua orang je. Kawan-kawan semua duduk jauh-jauh. Kalau Myra tengok dekat seberang sana, semua syok je.

Masa Myra pergi seberang sana, agak bosan la jugak. Sebab tak ada kawan la. Apalah Myra ni. Semua duduk bosan je. Macam mana tak bosan??? Sikit-sikit buat benda sama je. Balik rumah dah mandi semua tu, lepatu kena pandang buku je sampai malam. Tidur, bangun pergi sekolah buat benda sama je. Bosan tul. Dengan classmate Myra yang agak bising macam pasar. Ada yang menjerit macam orang tak betul je. Lepastu boleh pulak orang "Syyyhhhh..." Ada pulak yang berlari macam kanak-kanak ribena. Aduh!!! Pening kepala dibuatnya. Mabuk la kalau tengok diorang macam tu.

Sekarang Myra dengar abang Myra pergi belayar dekat US. Ngee~ Bosanlah kalau dia tak ada lagi. Kalau tak boleh la nak berebut lappy and broadband. Hehehe.. Lagi sunyilah rumah Myra ni. Kakak Myra pun balik kadang-kadang je. Bosan bosan.. Tak apa.. Nanti boleh mintak ole-ole dari dia.. Hehe..

Myra rasakan, Myra nak je buat kerja bodoh macam gambar tu. Boleh pulak main-main macam tu. Kononnya tengah berenang.. Rasanya macam best je.. Hehe.. (Tak ada kerja betul Myra ni)
Ha.. Myra baru ingat ada cerita menarik sikit. Sikit je.. Macam biasa la Mad dengan Ejam. Sekarang ni Myra tengok Ejam makin lama, makin terserlah keayuannya.. Haha.. Mula-mula Myra lepak dengan Nina. Bosan pulak duduk dengan Farieza. Bosan jugak. Myra nampak neck tie. Myra pun bosan sangat. Myra ambik neck tie buat bunga ros. Lepastu lepak dengan mamat-mamat tu. Masa Myra berdiri sebelah diorang, boleh pulak diorang cakap "Bagi saya Kopi O' dua" =_=" Merepek je diorang tu.

Mad dengan Ejam ada cakap dengan Myra yang diorang selalu kenakan orang. Myra cakap yang Myra selalu kenakan Soraya. Dua tahun berturut-turut Myra kenakan dia. Itu yang best sangat-sangat. Sekarang yang bestnye diorang kenakan Soraya. Mula-mula Soraya cakap dengan Myra dia yang kena dulu baru Myra. Lama-lama kemudian, si Ejam ni nak kenakan Soraya. Mula-mula Ejam cakap macam ni "Soraya sini kejap, aku nak bagitau rahsia ni" Soraya tak nak pergi takut kena lagi. Myra pun cakap la yang Ejam ni nak bisik dekat Soraya. Lepastu Soraya bangun dari tempat duduk dan Myra duduk tempat dia. Bila Myra dah duduk, Myra tengok Soraya dah siap nak dengar lagi. Last-last Ejam dengan Mad cakap macam ni "Bagi saya minum Kopi O' dua, dan Sepana Hidup lima" Hahaha... Kesian Soraya. Myra gelak sampai tak ingat dunia.. Kesiankan Soraya??? Tak pasal-pasal kena lagi.

Itu sahaja la untuk hari ni. Myra sekarang tak ada banyak cerita menarik untuk dikongsi. Siapa-siapa yang ada nama dalam ni jangan marah ye!!! Ok Papai !!! Wasalam..

P/s: Nak try ni buat-buat berenang.. Best kot!!! Haha.. (Merepek je =_=")

Salah Ke Kalau Bertanya???


Ehem.. Ehem.. Hari ni Myra tak puas hati sikit.. Sampai sekarang rasa bengang tak hilang-hilang jugak.. Ini pasal Myra tanya pun salah.. Dulu Myra pengawas sekarang Myra dah behenti sebab penat dan susah nak jaga budak-budak.. Myra bukan nak kata pengawas ini pembawa malang, tapi susah sikit-sikit kena balik petang lepastu Myra balik pun jalan kaki.. Balik sorang-sorang pulak tu.. Dah sampai rumah tahu-tahu Myra dah pengsan sebab penat sangat. Semua homework pun terbiar kat atas meja belajar. Waktu malam sepatutnya Myra ulangkaji, tapi tak pasal-pasal kena buat homework. Sampaikan family Myra bising sebab tak dapat nak buat ulangkaji. Bukan parents Myra yang bising. Hampir semua orang bagi ceramah dekat Myra. Terutama abang-abang Myra. Family Myra selalu bagi semangat kat Myra, sebab diorang tahu Myra ni lemah semangat. Tetapi macam mana pun Myra cuba berusaha nak dapat keputusan yang bagus. Nanti-nanti jela Myra cerita pasal family Myra.

Sekarang ni Myra agak bebas la nak buat kerja dengan tenang. Nak kata rindu dekat pengawas pun ada jugak sebab dah 2 tahun kot Myra jadi pengawas. Best la jugak.. Dapat pengawas terbaik kot!!! Lagipun Myra tak reti nak uruskan masa dan Myra pun belajar pun tak berapa pandai. Jadi sekarang Myra nak belajar je. Myra nak jaga nama baik pengawas. Myra ni bukan baik mana pun. Nama je pengawas. Kadang-kadang tugas pun kena tengok siapa ketua.

Ok-ok. Sekarang nak cakap topik asal. Ada sorang kawan Myra ni Form 5 post kat FB yang dia nak berhenti. Myra pun tak tahu kenapa dia nak berhenti. Tapi hampir semua orang tak setuju apa yang dia cakap. Myra pun tanya "Kenapa nak berhenti?". Sayang kot. Dia tinggal setahun je. Lepastu ada sorang senior Myra kata Myra ni penyibuk dan dia kata kenapa dulu Myra mengatal sangat nak quit. Myra pun kata la "Salah ke kalau saya tanya apa masalah dia???" Lepastu, tuan post tu pun marah Myra sebab Myra kurang sopan. Myra pun tak paham. Salah ke kalau Myra tanya masalah kawan Myra?? Myra tahu Myra bukan pengawas lagi. Tapi respect la sikit yang Myra ambil berat ke apa. Sekarang pun Myra tak tahu siapa punya salah sekarang ni. Kadang-kadang Myra tertanya, macam orang nak respect kita kalau orang tu sendiri tak reti nak respect orang. Macam itulah budak senior tu. Sekarang senior tu dah duduk merajuk... =_=" Myra tak paham betul la.. Tapi semua orang kata buat tak tahu je. Tapi haish.. Myra sakit hati. Ok la. Myra nak berhenti nak cakap pasal ni. Macam mana pun Myra tetap sayang pengawas. So jangan pandang rendah kat Myra yang Myra nak quit sebab Myra tak sayang dan benci pengawas. Nanti-nanti jela Myra cerita benda lawak. Kakak Myra dah balik!!! Huray!!! ^_^ Wasalam and papai!!!

Bom Atom Sudah Melepas!!!


Haluu.. Haluu.. Testing.. Testing.. Ok-ok.. Hari ni pulak Myra nak sambung balik cerita... Tengah bosan ni... Myra tak dapat ikut parents Myra sebab banyak sangat homework. Sekarang Myra nak cerita budak kelas Myra. Dari 1st day sampai la sekarang Myra dan Kakya duduk kat sebelah pintu... Kelas Myra tu sebelah dengan tandas lelaki.. Setiap hari kena bau busuk gila tu..  Eww.. Geli gila!!! Lepastu kalau ada abang-abang Form 5 datang diorang akan buat show... Show nyanyi sekuat hati pulak tu.. Memekak je kalau suara sedap tak apa la jugak... Ini nak study pun susah, dah la Myra duduk kat pintu rasa malang... Dah la tak nampak apa yang cikgu ajar dekat depan lepas tu memekak pulak...

Tukar topik pulak.. Ada orang kata yang Form 4 ni tahun honeymoon... Tahun honeymoon??? Banyak la tahun honeymoon.. Kerja rumah banyak gila sampaikan dah nak dekat pukul 12 malam baru siap... Ini bukan honeymoon nak relax-relax bersantai semua tu... Ini buat kerja gila sampaikan dah tak cukup tidur..

Minggu lepas, tak silap Myra.. Masa tu tengah belajar Add Maths.. Peerrrggghhh... Punya la pening kepala nak buatnya... Cikgu Myra ajar macam syok sendiri pun ada jugak.. Semua orang blurr je.. Myra pandang kelas Myra, hampir semua mulut ternganga.. Sebab tak paham. Haha.. Tapi nasib baik paham.. Bila cikgu Myra dah bagi latihan kitorang pun buat la sementara tunggu waktu Add Maths dah habis... Bila Myra  tengah syok buat... Tiba-tiba bau busuk... Ingatkan bau tandas... Rupa-rupanya ada orang kentut!!! Hahaha.... Buat malu je.. Dah la busuk habis satu kelas bau... Lepastu kawan duduk sebelah tu tuduh dia kentut.. Kesian gila tak pasal-pasal kena tuduh.. Cikgu Myra pulak keluar ambil Fresh Air sebab tak cukup oksigen.. Haha.. Semua orang tutup hidung.. Nasib baik bau tu cepat hilang... Kalau tak nak je keluar dari kelastu.. Ok la.. Myra dah tak ada cerita lagi nak dikongsi... Nanti Myra sambung lagi.. Sekarang Myra buat homework yang berlambak gila tu.. Esok insyaallah Myra cerita lagi.. Wasalam dan papai!!!

New Year, New Classmate, Everthing New!!


Haluu... Haluu... Ehem.. Ehem.. Mula-mula nak kenalkan diri sebab baru je buat blog... Agak gayat la sikit sebab nampak macam best je... Nama Ily Amyra boleh panggil apa yang korang suke. Asalkan jangan merepek sudah dan korang panggil nama yang betul.. Sekarang ni Myra sudah masuk Form 4, so banyak la cabarannya. Yang susahnya sebab banyak nak buat esei.. Tu yang tak boleh tahan.. Bila esei, tambah pulak add maths... Gila ke??? Itu baru sikit.. Yang Myra paling suka dapat jumpa kawan baru!!! Hoho... Dalam kelas Myra ada dua budak baru dari Warisan Puteri (WP).. Ini Myra nak cerita ni...

1st day masuk kelas... Bila Myra masuk kelas ada yang meja dan kerusi tak cukup... So apa lagi, operasi cari kerusi dan meja la... Bila dah cari Myra dan Kakya (kawan) tak ada meja... Haish  =_="... Memang malang la time tu.. Mula-mula nampak ada meja kosong tapi meja tu jauh dari budak-budak perempuan dan kawasan tu ramai budak lelaki... Nak tak nak, terpaksa la duduk situ... So bila dah duduk, budak belakang Myra budak WP memperkenalkan diri mereka... Seorang yang berbadan besar, kitorang panggil dia Mad je, lagi sorang pulak Ejam tapi dia kurus dan agak poyo... Myra tak kisahlah, asalkan jangan diorang buat Myra marah..

1st thing Myra suka diorang sebab diorang friendly, boleh buat satu kepalalah... Macam tak ada hal la, semua ok je... Itu yang best pasal diorang... Mad tu macam pendiam, dia tak banyak cakap. So susah la nak cakap dengan dia.. Yang Myra tak boleh tahan si Ejam... Ada-ada je nak kenakan Myra dengan Kakya... Lupa pulak, Kakya ni kira kawan baik Myra la jugak tapi dia agak lembut dan dia agak comel-comel orangnya... Kecik molek la senang cerita... Orang pandang je orang kata dia comel... Kakya ni kecik-kecik je... So orang nak buli dia senang la kan??? Betul tak??? Betul tak??? So sekarang sambung balik pasal Ejam, dia panggil Kakya "Roti Bantut" sebab Kakya ni kecik... Hahaha... Kesian Kakya kita ni...

Sekarang ni Myra ajar kawan-kawan Myra maths moden and add maths... Dulu maths je, sekarang dah naik pangkat sedikit... Hehe.. Bila waktu maths atau add maths Myra tak akan dapat buat kerja dengan tenang... Ada-ada je orang panggil Myra... Bila Myra dah dapat duduk dengan tenang, si Ejam ni kacau Myra.. Bila panggil Myra pandang, dia buat derk je.. Bila dah banyak kali, kali ketiga dia panggil Myra... Dia cakap macam ni kat Myra... "Wei-wei tolong aku, ni penting ni" bila Myra pandang belakang dengan siap bawa pensil sebab ingat dia tak paham ke apa, tapi dia boleh cakap macam ni, "Hari ni hari apa???" =_=".. Haish, sabar jela.. Kawan Myra dekat sebelah gelakkan je... Sabar jela... Sekarang Myra pulak jadi mangsa... Tak apa.. Tau la Myra nak buat apa dekat dia...

Sekarang ni, Myra dah tak duduk dengan Mad dan Ejam sebab diorang pindah tempat, jauh pulak tu... Haish.. Sekarang bosan gila diorang tak ada.. Kalau tak ada-ada je diorang kenakan Myra dengan Kakya... Hari ni Myra kena lagi... Sekarang diorang kata Myra ada fair dengan Ejoy panjang... Haish =_=".. Ada-ada je diorang ni.. Mentang-mentang Myra rapat dengan Ejoy tu... Tak pasal-pasal kena gosip je... Tak sangka pulakkan??? Lelaki??? Pandai bergosip??? Ish.. Ish... Dahsyatnya!!! (apa yang Myra merepek ni??? =_=") Ok la... Myra sudah penat seyh... Nanti-nanti jela Myra cerita lagi... Wasalam and bubye!!! ^_^