Bencinya!!! Perlu Ke Menunding Orang???


Haluu.. Haluu.. Myra minta maaf la banyak-banyak sebab terlampau banyak homework. Sekarang ni tengah free. Sekejap je, lepas ini busy la balik. Hari ni Myra nak cerita tentang classmate Myra yang agak tak reti beri kerjasama. Masing-masing pentingkan diri sendiri. Myra tak kisah kalau tak nak tolong. Ok fine. Myra tak kisah... Tapi ni tak, dah la tak nak tolong lepastu duit tak nak bayar. Ada yang susah pun pandai bayar. Macam mana Myra tak fed up??? Sampaikan ada sekali Myra naik angin gila. Kelas Myra ada dua bendahari. Ketua bendahari tu agak lembut, senang cerita macam tak tegas la. Yang assistant pulak nama je assistant tapi tak nak buat kerja.

Cuba bayangkan la, kelas Myra ada hampir 40 murid yang bayar duit kelas hanya 9 orang je. Yang lain tahu nak kelas tu cantik tapi tak nak bayar. Kadang-kadang Myra marah dekat bendahari. Bendahari Myra tu dia lembut sangat dengan orang. Yang assistant die pulak pandai mengata orang, tapi dia sendiri pun sama je. Myra tak paham betul diorang tu. Myra pulak tak pasal-pasal kena jadi AJK Keceriaan. Walaupun benda tu remeh je tapi kena jugak buat kerja. Myra kena hiaskan kelas tu sampai cantik.

Masa Myra nak berbincang, semua orang main-main. Sakit hati Myra. Sikit-sikit tak apa la jugak. Ini tak, sikit-sikit gelak lepastu kalau kelas tu ada yang tak kena, mula la sesi tuding-menunding orang... Haish.. =_=" Dalam hati kata, "Bila la korang nak sedar???" Myra dah tak tahan la. Diorang ambil mudah je. Bila Myra marah, bertegas dan semua tu diorang boleh kata "Kenapa kau nak marah-mrah pulak ni??" Macam mana Myra tak marah??? Kalau korang jadi tempat Myra pun mesti korang fed up jgak an??? Seriosly walaupun diorang tu kawan Myra, tapi Myra tak suka attitude diorang. Bagi Myra la diorang fikir yang diorang dah cukup bagus.

Kadang-kadang Myra lalu kelas lain, Myra rasa cemburu gila. Sebab diorang tolong-menolong. Budak kelas last pun reti buat kerjasama. Bagi Myra come on la, kita dah besar kot. Sepatutnya tak ada buat perangai macam tu. Classmate Myra hampir semua macam selfish gila. Kata penat la, itu la, ini la.. Myra pun penat. Setiap hari balik jalan kaki. Diorang balik ada kenderaan masing-masing. Yang tukang hias kat kelas tu Myra, Nina dengan budak-budak cina. Budak cina yang tak paham bahasa melayu pun reti nak buat kerja. Lepastu burukkan nama kelas Myra. Dalam hati Myra "Bila la korang nak sedar semua ni???" Ok la, Myra tak nak membebel banyak-banyak. Sebab tengah sakit hati gila ni!!! Wasalam bubye!!!

P/s: Kepada pembaca yang berkenaan dan yang terasa tu, tolong la berubah. Kalau korang macam ni je, korang tak akan ke mana de.

So Bored!!! Almost To Be A Crazy Person...


Ehem.. Ehem.. Sebelum nak start bagi Myra nak jerit sekuat hati dulu. BOSAN!!! Sekarang Myra duduk bosan je. Tak kira la rumah ke atau sekolah. Kalau dekat rumah tak ada kawan. Kalau dekat sekolah pulak bosan jugak. Yela, si Mad dengan Ejam dah pindah jauh. So Myra dengan Kakya pun dah bosan duduk dua orang je. Kawan-kawan semua duduk jauh-jauh. Kalau Myra tengok dekat seberang sana, semua syok je.

Masa Myra pergi seberang sana, agak bosan la jugak. Sebab tak ada kawan la. Apalah Myra ni. Semua duduk bosan je. Macam mana tak bosan??? Sikit-sikit buat benda sama je. Balik rumah dah mandi semua tu, lepatu kena pandang buku je sampai malam. Tidur, bangun pergi sekolah buat benda sama je. Bosan tul. Dengan classmate Myra yang agak bising macam pasar. Ada yang menjerit macam orang tak betul je. Lepastu boleh pulak orang "Syyyhhhh..." Ada pulak yang berlari macam kanak-kanak ribena. Aduh!!! Pening kepala dibuatnya. Mabuk la kalau tengok diorang macam tu.

Sekarang Myra dengar abang Myra pergi belayar dekat US. Ngee~ Bosanlah kalau dia tak ada lagi. Kalau tak boleh la nak berebut lappy and broadband. Hehehe.. Lagi sunyilah rumah Myra ni. Kakak Myra pun balik kadang-kadang je. Bosan bosan.. Tak apa.. Nanti boleh mintak ole-ole dari dia.. Hehe..

Myra rasakan, Myra nak je buat kerja bodoh macam gambar tu. Boleh pulak main-main macam tu. Kononnya tengah berenang.. Rasanya macam best je.. Hehe.. (Tak ada kerja betul Myra ni)
Ha.. Myra baru ingat ada cerita menarik sikit. Sikit je.. Macam biasa la Mad dengan Ejam. Sekarang ni Myra tengok Ejam makin lama, makin terserlah keayuannya.. Haha.. Mula-mula Myra lepak dengan Nina. Bosan pulak duduk dengan Farieza. Bosan jugak. Myra nampak neck tie. Myra pun bosan sangat. Myra ambik neck tie buat bunga ros. Lepastu lepak dengan mamat-mamat tu. Masa Myra berdiri sebelah diorang, boleh pulak diorang cakap "Bagi saya Kopi O' dua" =_=" Merepek je diorang tu.

Mad dengan Ejam ada cakap dengan Myra yang diorang selalu kenakan orang. Myra cakap yang Myra selalu kenakan Soraya. Dua tahun berturut-turut Myra kenakan dia. Itu yang best sangat-sangat. Sekarang yang bestnye diorang kenakan Soraya. Mula-mula Soraya cakap dengan Myra dia yang kena dulu baru Myra. Lama-lama kemudian, si Ejam ni nak kenakan Soraya. Mula-mula Ejam cakap macam ni "Soraya sini kejap, aku nak bagitau rahsia ni" Soraya tak nak pergi takut kena lagi. Myra pun cakap la yang Ejam ni nak bisik dekat Soraya. Lepastu Soraya bangun dari tempat duduk dan Myra duduk tempat dia. Bila Myra dah duduk, Myra tengok Soraya dah siap nak dengar lagi. Last-last Ejam dengan Mad cakap macam ni "Bagi saya minum Kopi O' dua, dan Sepana Hidup lima" Hahaha... Kesian Soraya. Myra gelak sampai tak ingat dunia.. Kesiankan Soraya??? Tak pasal-pasal kena lagi.

Itu sahaja la untuk hari ni. Myra sekarang tak ada banyak cerita menarik untuk dikongsi. Siapa-siapa yang ada nama dalam ni jangan marah ye!!! Ok Papai !!! Wasalam..

P/s: Nak try ni buat-buat berenang.. Best kot!!! Haha.. (Merepek je =_=")

Salah Ke Kalau Bertanya???


Ehem.. Ehem.. Hari ni Myra tak puas hati sikit.. Sampai sekarang rasa bengang tak hilang-hilang jugak.. Ini pasal Myra tanya pun salah.. Dulu Myra pengawas sekarang Myra dah behenti sebab penat dan susah nak jaga budak-budak.. Myra bukan nak kata pengawas ini pembawa malang, tapi susah sikit-sikit kena balik petang lepastu Myra balik pun jalan kaki.. Balik sorang-sorang pulak tu.. Dah sampai rumah tahu-tahu Myra dah pengsan sebab penat sangat. Semua homework pun terbiar kat atas meja belajar. Waktu malam sepatutnya Myra ulangkaji, tapi tak pasal-pasal kena buat homework. Sampaikan family Myra bising sebab tak dapat nak buat ulangkaji. Bukan parents Myra yang bising. Hampir semua orang bagi ceramah dekat Myra. Terutama abang-abang Myra. Family Myra selalu bagi semangat kat Myra, sebab diorang tahu Myra ni lemah semangat. Tetapi macam mana pun Myra cuba berusaha nak dapat keputusan yang bagus. Nanti-nanti jela Myra cerita pasal family Myra.

Sekarang ni Myra agak bebas la nak buat kerja dengan tenang. Nak kata rindu dekat pengawas pun ada jugak sebab dah 2 tahun kot Myra jadi pengawas. Best la jugak.. Dapat pengawas terbaik kot!!! Lagipun Myra tak reti nak uruskan masa dan Myra pun belajar pun tak berapa pandai. Jadi sekarang Myra nak belajar je. Myra nak jaga nama baik pengawas. Myra ni bukan baik mana pun. Nama je pengawas. Kadang-kadang tugas pun kena tengok siapa ketua.

Ok-ok. Sekarang nak cakap topik asal. Ada sorang kawan Myra ni Form 5 post kat FB yang dia nak berhenti. Myra pun tak tahu kenapa dia nak berhenti. Tapi hampir semua orang tak setuju apa yang dia cakap. Myra pun tanya "Kenapa nak berhenti?". Sayang kot. Dia tinggal setahun je. Lepastu ada sorang senior Myra kata Myra ni penyibuk dan dia kata kenapa dulu Myra mengatal sangat nak quit. Myra pun kata la "Salah ke kalau saya tanya apa masalah dia???" Lepastu, tuan post tu pun marah Myra sebab Myra kurang sopan. Myra pun tak paham. Salah ke kalau Myra tanya masalah kawan Myra?? Myra tahu Myra bukan pengawas lagi. Tapi respect la sikit yang Myra ambil berat ke apa. Sekarang pun Myra tak tahu siapa punya salah sekarang ni. Kadang-kadang Myra tertanya, macam orang nak respect kita kalau orang tu sendiri tak reti nak respect orang. Macam itulah budak senior tu. Sekarang senior tu dah duduk merajuk... =_=" Myra tak paham betul la.. Tapi semua orang kata buat tak tahu je. Tapi haish.. Myra sakit hati. Ok la. Myra nak berhenti nak cakap pasal ni. Macam mana pun Myra tetap sayang pengawas. So jangan pandang rendah kat Myra yang Myra nak quit sebab Myra tak sayang dan benci pengawas. Nanti-nanti jela Myra cerita benda lawak. Kakak Myra dah balik!!! Huray!!! ^_^ Wasalam and papai!!!

Bom Atom Sudah Melepas!!!


Haluu.. Haluu.. Testing.. Testing.. Ok-ok.. Hari ni pulak Myra nak sambung balik cerita... Tengah bosan ni... Myra tak dapat ikut parents Myra sebab banyak sangat homework. Sekarang Myra nak cerita budak kelas Myra. Dari 1st day sampai la sekarang Myra dan Kakya duduk kat sebelah pintu... Kelas Myra tu sebelah dengan tandas lelaki.. Setiap hari kena bau busuk gila tu..  Eww.. Geli gila!!! Lepastu kalau ada abang-abang Form 5 datang diorang akan buat show... Show nyanyi sekuat hati pulak tu.. Memekak je kalau suara sedap tak apa la jugak... Ini nak study pun susah, dah la Myra duduk kat pintu rasa malang... Dah la tak nampak apa yang cikgu ajar dekat depan lepas tu memekak pulak...

Tukar topik pulak.. Ada orang kata yang Form 4 ni tahun honeymoon... Tahun honeymoon??? Banyak la tahun honeymoon.. Kerja rumah banyak gila sampaikan dah nak dekat pukul 12 malam baru siap... Ini bukan honeymoon nak relax-relax bersantai semua tu... Ini buat kerja gila sampaikan dah tak cukup tidur..

Minggu lepas, tak silap Myra.. Masa tu tengah belajar Add Maths.. Peerrrggghhh... Punya la pening kepala nak buatnya... Cikgu Myra ajar macam syok sendiri pun ada jugak.. Semua orang blurr je.. Myra pandang kelas Myra, hampir semua mulut ternganga.. Sebab tak paham. Haha.. Tapi nasib baik paham.. Bila cikgu Myra dah bagi latihan kitorang pun buat la sementara tunggu waktu Add Maths dah habis... Bila Myra  tengah syok buat... Tiba-tiba bau busuk... Ingatkan bau tandas... Rupa-rupanya ada orang kentut!!! Hahaha.... Buat malu je.. Dah la busuk habis satu kelas bau... Lepastu kawan duduk sebelah tu tuduh dia kentut.. Kesian gila tak pasal-pasal kena tuduh.. Cikgu Myra pulak keluar ambil Fresh Air sebab tak cukup oksigen.. Haha.. Semua orang tutup hidung.. Nasib baik bau tu cepat hilang... Kalau tak nak je keluar dari kelastu.. Ok la.. Myra dah tak ada cerita lagi nak dikongsi... Nanti Myra sambung lagi.. Sekarang Myra buat homework yang berlambak gila tu.. Esok insyaallah Myra cerita lagi.. Wasalam dan papai!!!

New Year, New Classmate, Everthing New!!


Haluu... Haluu... Ehem.. Ehem.. Mula-mula nak kenalkan diri sebab baru je buat blog... Agak gayat la sikit sebab nampak macam best je... Nama Ily Amyra boleh panggil apa yang korang suke. Asalkan jangan merepek sudah dan korang panggil nama yang betul.. Sekarang ni Myra sudah masuk Form 4, so banyak la cabarannya. Yang susahnya sebab banyak nak buat esei.. Tu yang tak boleh tahan.. Bila esei, tambah pulak add maths... Gila ke??? Itu baru sikit.. Yang Myra paling suka dapat jumpa kawan baru!!! Hoho... Dalam kelas Myra ada dua budak baru dari Warisan Puteri (WP).. Ini Myra nak cerita ni...

1st day masuk kelas... Bila Myra masuk kelas ada yang meja dan kerusi tak cukup... So apa lagi, operasi cari kerusi dan meja la... Bila dah cari Myra dan Kakya (kawan) tak ada meja... Haish  =_="... Memang malang la time tu.. Mula-mula nampak ada meja kosong tapi meja tu jauh dari budak-budak perempuan dan kawasan tu ramai budak lelaki... Nak tak nak, terpaksa la duduk situ... So bila dah duduk, budak belakang Myra budak WP memperkenalkan diri mereka... Seorang yang berbadan besar, kitorang panggil dia Mad je, lagi sorang pulak Ejam tapi dia kurus dan agak poyo... Myra tak kisahlah, asalkan jangan diorang buat Myra marah..

1st thing Myra suka diorang sebab diorang friendly, boleh buat satu kepalalah... Macam tak ada hal la, semua ok je... Itu yang best pasal diorang... Mad tu macam pendiam, dia tak banyak cakap. So susah la nak cakap dengan dia.. Yang Myra tak boleh tahan si Ejam... Ada-ada je nak kenakan Myra dengan Kakya... Lupa pulak, Kakya ni kira kawan baik Myra la jugak tapi dia agak lembut dan dia agak comel-comel orangnya... Kecik molek la senang cerita... Orang pandang je orang kata dia comel... Kakya ni kecik-kecik je... So orang nak buli dia senang la kan??? Betul tak??? Betul tak??? So sekarang sambung balik pasal Ejam, dia panggil Kakya "Roti Bantut" sebab Kakya ni kecik... Hahaha... Kesian Kakya kita ni...

Sekarang ni Myra ajar kawan-kawan Myra maths moden and add maths... Dulu maths je, sekarang dah naik pangkat sedikit... Hehe.. Bila waktu maths atau add maths Myra tak akan dapat buat kerja dengan tenang... Ada-ada je orang panggil Myra... Bila Myra dah dapat duduk dengan tenang, si Ejam ni kacau Myra.. Bila panggil Myra pandang, dia buat derk je.. Bila dah banyak kali, kali ketiga dia panggil Myra... Dia cakap macam ni kat Myra... "Wei-wei tolong aku, ni penting ni" bila Myra pandang belakang dengan siap bawa pensil sebab ingat dia tak paham ke apa, tapi dia boleh cakap macam ni, "Hari ni hari apa???" =_=".. Haish, sabar jela.. Kawan Myra dekat sebelah gelakkan je... Sabar jela... Sekarang Myra pulak jadi mangsa... Tak apa.. Tau la Myra nak buat apa dekat dia...

Sekarang ni, Myra dah tak duduk dengan Mad dan Ejam sebab diorang pindah tempat, jauh pulak tu... Haish.. Sekarang bosan gila diorang tak ada.. Kalau tak ada-ada je diorang kenakan Myra dengan Kakya... Hari ni Myra kena lagi... Sekarang diorang kata Myra ada fair dengan Ejoy panjang... Haish =_=".. Ada-ada je diorang ni.. Mentang-mentang Myra rapat dengan Ejoy tu... Tak pasal-pasal kena gosip je... Tak sangka pulakkan??? Lelaki??? Pandai bergosip??? Ish.. Ish... Dahsyatnya!!! (apa yang Myra merepek ni??? =_=") Ok la... Myra sudah penat seyh... Nanti-nanti jela Myra cerita lagi... Wasalam and bubye!!! ^_^