Everything Must Comes and Goes

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera kepada pembaca blog Myra. Hari ni Myra nak cerita tentang kucing Myra. Semalam kucing Myra mati. Sebenarnya dah banyak kucing Myra hilang. Tapi kali ni Myra sangat sedih, sebab kucing Myra mati depan mata Myra. Pertama kali Myra tengok kucing mati depan mata Myra. Masa dia mati tu Myra ingat lagi masa dia kecik lagi.


Masa ni kali pertama Myra ambik diorang dari kawan mak Myra. Comelkan?! Masing-masing macam patung. Yang dari kiri tu Myra paggil die Duchess, tengah Myra paggil Dewey, hitam putih tu Myra panggil dia Panda~! Myra sayang gila-gila sebab masa ni diorang masih baby lagi. Jadi masa ni diorang pun tak biasa lagi dengan Myra.. Bila dah besar diorang dah biasa Myra lepaskan diorang dekat belakang rumah Myra.


Ni diorang sudah besar sikit. Myra pun tak ingat dah berapa bulan diorang dok rumah Myra. Diorang ni sangat behave and sangat baik. Dari kecil sampai besar, diorang pandai jaga diri and tak buat sepah dekat rumah Myra. Bila dah besar Maih bukan main lagi gedabak diorang... Ayah Myra bukan panggil diorang Duchess, Panda and Dewey. Ayah panggil Si Besar untuk Duchess, TamTeh untuk Panda and Taichik untuk Dewey. Haha..

Panda

Atas Dewey bawah tu Duchess

Memang besar gila. Tapi bila diorang da besar la seekor demi seekor hilang. Mula-mula si Duchess yang hilang. Parents Myra cakap Duchess hilang sebab jiran Myra ambik. Myra bukan nak tuduh ke apa, tapi mak Myra nampak kucing tu dekat rumah jiran. Kadang-kadang pun Myra ada nampak juga. Tapi biarkan jela. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Lama-lama si Panda pulak yang hilang. Myra pun tak tahu mana dia hilang. Last sekali Myra nampak dia masuk dalam semak hutan belakang rumah Myra. Pada masa sama juga, belakang rumah Myra nak buat dewan, jadi hutan-hutan tu kena la ditebangkan. Lepas tu semalam si Dewey pulak meninggalkan Myra. Dia mati depan mata Myra.

Kelmarin Myra baru balik dari Johor.  Myra sampai rumah pun dah malam. Jadi kalau rumah tak ada orang biasanya kucing Myra pergi jalan-jalan. Semalam Myra bangun siap-siap nak pergi bandar kejap sebab ada urusan. Pagi tu ayah Myra jumpa Dewey dekat rumah jiran. Ayah ambik Dewey and letak dekat rumah. Masa tu dia sangat lemah. Myra xtahu kenapa dia jadi macam tu. Myra tengok badan dia kotor-kotor. Myra ingat dia terjatuh masuk longkang kot. Mungkin tu sebab dia sangat lemah. Bila Myra balik tengahari dari bandar. Myra tengok Dewey dah terdampar kat atas lantai. Myra tengok dia dah semakin lemah. Myra angkat dia letak atas meja.

Masa tu badan Dewey dah tak boleh bergerak. Badan dia sangat lembik. Tapi masa tu ekor dia masih bergerak-gerak lagi. Myra pun bagi dia air sikit. Dia minum banyak. Lepastu mulut dia dah terbuka je. Dia macam susah nak bernafas. Myra usap je. Masa tu Myra masih lagi bersabar. Myra cakap dekat diri Myra, mungkin dia penat je kot. Tapi dari jauh hati Myra tahu tak lama lagi dia akan pergi.



Pada 18 March 2013 pukul 4.15 p.m. Myra pergi jeguk dia kejap... Pastu Myra usap dia lagi. Tapi ekor dia dah tak bergerak. Myra goyang-goyang badan dia. Dewey langsung tak gerak. Myra dah cemas, Myra usap dekat kepala dia. Mata dia tak berkelip langsung. Myra dah bertambah cemas. Myra goyang- goyang badan dia. Dia masih tak bergerak and anak mata dia semakin membesar. Myra panggil mak Myra. Myra menangis gila-gila. Pada masa tu Myra tahu yang Dewey dah tinggalkan Myra.

Myra lari ke atas nak panggil ayah Myra yang kucing dah mati. Hati Myra dah tak tahan, sebab Myra dah kehilangan kawan Myra. Dewey sangat muda lagi. Dia baru sahaja 2 tahun. Myra tak tahu kenapa dia mati awal. Mungkin sebab dia sakit, yang Myra tak tahu. Myra duduk sebelah Dewey sehingga dia ditanam. Family Myra cakap yang nanti diorang cari yang baru. Myra bukan tak nak baru. Myra cuma sedih sebab dia tinggalkan Myra cepat. Myra sudah kehilangan kawan Myra. Depan mata Myra dia tinggalkan Myra.

Myra tahu setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Myra sangat redha apa yang telah berlaku. Tapi Myra masih sedih lagi. Setiap kali Myra ingat masa dia sakit, mesti Myra akan menangis. Myra sangat sedih yang Myra tak boleh buat apa-apa. Myra akan sentiasa ingat diorang bertiga bersama...

P/s: Myra minta maaf yang Myra tak dapat buat apa-apa.

Mr. and Mrs. Kotak

Assalamualaikum~! Hari ni memandangkan ramai kawan and family Myra suka Mr. and Mrs. Kotak jadi Myra nak post dekat sini. Mesti korang nak tahukan pe benda Mr. and Mrs. Kotak ni kan??? Mr. and Mrs. Kotak adalah benda ni..


Mesti korang terasa comel gilakan??!!! Tengok la siapa yang buat... (Nak belagak jap.. Hahaha..) Anyway masa ni Hari Guru tahun lepas. Hari Guru tahun lepas memang bosan gila. Jadi untuk menghilangkan kebosanan, Myra pun hias la kotak-kotak ni terus ada baju... Tapi memang seronok gila masa buat ni. 


Inilah hasil-hasil yang Myra buat... Yang riben tu agak hodoh sikit, sebab time tu tak ada idea lagi... Kesian riben tu.. Myra buat ni memang berebut kawan-kawan Myra nak bergambar... Memang terharu gila-gila, sebab ada orang menghargai hasil-hasil yang Myra buat. Lepas ni Myra akan buat versi wedding dress pula. Buat ni pun sebab akak Myra dah nak kahwin. So harap-harap hasilnya cantik la... Ada kawan Myra cakap

Kawan: Nanti kau buat la versi pakai tudung pulak ye...
Myra: Macam mana nak buat? Benda tu petak kot.
Kawan: Pandai-pandai la kau guna imaganasi kau tu...
Myra: =="

Tapi Myra memang suka buat benda-benda macam ni. Kalau Myra bosan je, tangan Myra mula la menggatal nak cari benda nak buat something. Anyway, I hope that u all love this Mr. and Mrs. Kotak. ^^

P/s: Insyaallah, versi wedding dress Myra akan postkan juga~!

Welcome Home~!

Assalamualaikum! Owh yeah!!! Hari ni Abang Myra sudah balik Malaysia! Horeeyyy~! Wah sungguh gembira betul Myra. Terus rasa nak menari dengan riang... Lalala~ Haha... (Merepek je ==") Tapi abang Myra mesti rasa sedih, sebab dia dah duduk dekat luar negara lebih 2 tahun. Jadi nak balik ni mesti dia sedih gila-gila. Tapi nak buat macam mana. Dia duduk dekat luar negara pun sebab belajar.Terasa nak menari dengan riang pula... Terlampau happy... Lalala~


Tak sabar nak tunggu Abang Myra...(Sebenarnya tak sabar tengok barang souvenir. Hehe.. ) Selalunya kalau orang balik dari travel ke apa mestilah ada ole-ole. Jadi tak sabar tunggu ole-ole dari Abang Myra. Apa la agaknya yang dia akan bawa balik. Huhuhu... Nak berjoget-joget jap... Lalala~ (Dari tadi nak berjoget sahaja.) Sekejap lagi dia akan sampai... 

P/s: Feeling awesome right now.. Owh yeah!!!!!  

It's Hard To Forget Someone That It's Already Part In Your Life

Assalamualaikum and Good Morning/Afternoon/Evening/Night (pilih la mana-mana satu yang korang nak.) Hari ni Myra nak cerita pasal kawan-kawan Myra... Sejak kebelakangan ni Myra tengok diorang ni "having a hard time" maksudnya diorang mengalami dalam kesusahan. Ada tu baru lepas putus cinta. Ada tu baru lepas kehilangan seseorang. Ada tu pula masalah dengan family. Jadi macam-macam la masalah dalam dunia ni. Myra teringat dekat Cikgu BM Myra. Dia cakap yang kita hidup dalam dunia ni seumpama kita berada atas pentas. Kita sekarang ni adalah pelakon-pelakonnya. Yang peangarah semua itu adalah kuasa Tuhan. Dialah yang mengatur kehidupan kita semua.

Setiap cerita mesti adalah konfliknya kan??? Kalau tak ada konflik mesti cerita kita ni tak menarik langsung. Macam korang baca dalam novel dan tengok drama dalam tv tulah. Medti ada konfliknya. Kalau tak cerita tu tak jadi best la kan. Jadi konflik ni macam kita berada dalam masalah juga la. Setiap seorang mesti ada masalah yang sama. Situasi yang membezakan. Korang jangan fikir yang Myra ni hidup sempurna. Myra ada segala-segalanya. NO!!! Myra pun hanya manusia biasa macam korang. Tapi korang kena berusaha untuk mendapat kesempurnaan tu.


Ada sekali tu Myra kehilangan Kucing pertama Myra. Dia seumpama kawan baik Myra. Myra jaga dia dari kecil lagi sampai la dia besar. Masa dia kecil myra ingat lagi yang Myra bawa masuk dia dalam bilik Myra. kitorg tido sama-sama. Bila dia semakin membesar dia dah semakin nakal. Masa orang nak tidur la dia suka tarik-tarik rambut Myra. Kalau dia nakal macam tu Myra ketuk kepala dia. Lepas tu baru dia tidur. Ada sekali tu kucing Myra ni hilang nak dekat seminggu. Baru 3 hari Myra da menangis tak henti-henti yang mungkin dia mati ke apa. Lepas seminggu tu kucing Myra tu balik. Baru dia duduk dua hari kucing Myra hilang balik. Mula-mula Myra ingat tak apa, dia berjalan kejap tu balik la dia. Sejak dari tu sampai sekarang Myra dah tak jumpa dia lagi. Myra menangis macam orang tak betul dah. (Siapa tak sayang kucing) Sejak daripada tu Myra kena tabahkan hati. Sebab Myra masih lagi ada family dan kawan-kawan Myra. ;)

Dalam dunia macam-macam dugaan yang kita kena lalui. Tahun lepas Myra dipinggirkan oleh kawan-kawan kelas Myra. Tahun lepas juga Myra bergaduh dengan kawan Myra disebabkan Myra tak boleh nak tolong dia. Every year Myra lost contact kawan baik Myra. Myra juga selalu ditikam belakang. Awal tahun ni juga Myra kehilangan seorang kawan Myra yang Myra sudah anggap dia macam abang Myra sendiri. Tanpa dijangka awal tahun ni juga, kawan sekolah rendah Myra meninggal sebab excident. Tapi nak buat macam mana.. That's part of life. People come and go.

So... To all my friends that having a hard time, never give up and always look at the bright side. Setiap perbuatan dan keadaan yang kita lalui mesti ada hikmahnya. Ada kawan Myra pun ada mengingatkan Myra yang "Orang yang cepat putus asa adalah orang yang rugi." dan "Tuhan tak akan beri sesuatu dugaan diluar kemampuan kita." Myra tahu setiap seorang kena ambil masa untuk pulihkan balik hati tu. Tapi jangan mengambil masa yang lama, sebab masa tidak menunggu kita. Setiap saat masa akan berlalu tanpa kita sedari. Don't waste your life with the past. Ok???

P/s: Harap-harap kawan-kawan Myra dapatkan pulih semula dan bersemangat macam Myra kenal mereka dulu... ^_^