My 1st Interview

Assalamualaikum~! Hoho~ Kali ini Myra nak cerita tentang pengalaman Myra interview dekat Universiti Teknologi Petronas or also know as UTP. Kalau korang nak tahu la, bila orang tanya la korang graduate dari mana. Lepastu korang jawab korang graduate dari UTP mesti orang akan kagum. Nak masuk dekat situ pun memang agak susah la. Orang macam Myra ini memang tak layak la. Kalau orang nak jadi engineering impian diorang memang nak sangat masuk UTP la. Myra apply dekat situ pun sebab ada kos ICT.

Macam abang Myra la. 4 tahun yang lalu (mengenang kisah silam) masa tu abang Myra baru lepas SPM. Abang Myra pun apply kat UTP sebab dia nak jadi engineering. Masa zaman dia kena duduk seminggu. Dalam seminggu tula interviewer ni akan observe yang kita ni layak ke tak. Tapi masa Myra punya turn tu nasib baik satu hari je. Tapi dalam satu hari tu pun dah letih.

Tapi masa tu abang Myra tak dapat. Dia agak kecewa. Tapi tak apa la. Rezeki abang Myra jadi doktor. Jadi doktor bukan senang. Myra tengok abang Myra belajar berasap la juga dia baca buku. Sesiapa yang ambil Bio korang tahu jela macam mana.

Hari Myra interview hari Ahad, jadi masa sampai sana hari Sabtu. Malam-malam tu abang Myra dah call tanya Myra macam-macam. Dia tanya sampaikan Myra pun dah tak terjawab. Tapi dia jawab tu sangat berpandangan jauh. Jadi Myra pun tak sempat nak fikir apa akan jadi dekat Myra.

Masa hari interview tu memang ramai gila~! Entah berapa ramai pun Myra tak tahu. Masa ceramah tu dia cakap dalam setiap batch UTP akan pilih hanya 700 orang sahaja. Dalam satu batch tu tak silap Myra ada 4ribu orang die nak interview tapi hanya 700 orang sahaja akan terpilih. Bila Myra dengar tu harapan Myra nak masuk tu agak tipis. korang bayang la, kebanyakan yang apply tu budak straight A. Myra tak dapat straight pun. Myra punya result lekak lekuk.

Masa Myra Punya interview tu agak teruk la. Sebab otak dah lama tak belajar, jadi nak fikir pun tak dapat la. Interview dekat UTP memang kena fully speaking. No rojak-rojak or manglish ke pe. Dah la kena cakap fully speaking. Myra dah lama tak speaking dengan orang. Grammar Myra pun dah tak betul. Nak fikir pun otak dah jadi lembab. Apa lagi yang nak disenaraikan? Senang cerita masa interview tu sangat teruk la.

Masa interview dia suruh duduk dalam satu group dan bagi satu proposal. Masa tu la otak Myra dah blank. Myra pandang proposal tu macam tak ada benda. Sedangkan kita kena fikir dalam masa 20 minit je. Myra pun ambil kertas kosong dan Myra merepek-merepek jela dalam tu. Lepas tu kena pergi satu bilik ni. It's call The Waiting Room. Masa Myra baru sampai bilik tu, Myra baru nak duduk Myra dah kena panggil. Dalam otak Myra tak sempat nak fikir apa-apa lagi, dah kena panggil.

Masa dalam bilik interviewer tu macam-macam la Myra merapu. Mula-mula dia suruh memperkenalkan diri. Masa tu la Myra merepek. Dah la cakap tak betul. Lepas Myra dah merepek, dia tanya pasal proposal tadi. Otak Myra dah blank balik. Myra pun sambung balik merapu-rapu. Lepastu interviewer tu pun cakap tak apa lepas akan jumpa dia balik tapi dalam group pulak.

Masa dalam group tu lagi la teruk. Dalam group tu semua orang tak bersuara. Hahaha... Tak adalah sampai semua tak bercakap. Diorang cakap tapi macam berterabur la, ada tu pandai tapi bab nak speaking dengan orang tak boleh la. Macam-macam jenis la. Myra pun macam tergagap. Tak dapat nak fikir pape. Tapi dalam group tu memang sangat teruk gila la. Dah la. Myra tak nak cerita. Terasa sangat teruk. Myra cerita ni pun dah tak betul.

P/s: The moral of lesson is don't  mess up your own interview.

Mr. and Mrs. Kotak Pre-Wedding

Assalamualaikum dan hey there everyone~! Seperti yang Myra janjikan, Myra sudah siapkan Mr. and Mrs. Kotak untuk wedding punya~! Hohoho~ Lega bila dah dapat siapkan, sebab wedding Akak Myra sudah nak dekat woo~ Tinggal lagi beberapa minggu lagi dan banyak lagi yang kena siapkan~! Harap-harap la sempat. Ini dia hasil yang Myra buat~!



Cantikkan??? (Nak puji diri sendiri jap. Hahaha...) Ni baru sahaja lepas siap... Belum lagi sampai the real wedding. Myra dengan Akak punya la excited siap buat mini studio lagi. Pastu kitorang pun decorated la sikit-sikit sana sini pastu dah jadi macam ni pulak. Kitorang siap buat mini studio lagi. Punya la tak ada kerja.



Inilah studio mini kitorang. Dicelah ceruk penjuru bilik.. Haha.. Comelkan? Bunga punya la banyak tapi dapat tangkap gambar dengan bunga sikit je yang masuk.  Lepas tu Myra siap letak atas bakul hantaran yang bentuk basikal tu. Kononnya macam naik kereta pengantin la.


Mr. and Mrs. Kotak memang jadi model la... Lepas ni Myra ingat nak buat pintu gerbang. Wah... Sampai macam tu sekali. Tapi Myra tak buat kot sebab takut tak jadi bila buat tu dan masa sangat suntuk. Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum wedding Akak Myra. Lepas ni da kena buat hantaran, bunga telur, kemas rumah lagi. Macam-macam la kena buat. Myra pun excited~! Hoho~ Macam Myra pulak nak kawin. Anyway, I hope that you all enjoy this entry~!


P/s: Ni hasil kedua Myra. Yang 1st sila tekan disini ya~! Mr. and Mrs. Kotak

Celebrate April Fools Day

Assalamualaikum and hello~! Hari ni walaupun dah 2nd April, Myra tetap jugak mahu cakap pasal semalam. Semalam merupakan Birthday Myra~! Happy Birthday to Me~! Happy Birthday to Me~! Happy Birthday to Meee~!Hohoho... (Nyanyi seorang saja.)


Semalam Myra tak ada la sambut macam siap ada kek segala bagai. Semalam Myra hanya berjalan-jalan dekat KL beli barang untuk Akak Myra yang dah nak kawin tu. Sambut Birthday sendiri dengan tolong beli barang Akak. Tapi bagi Myra tak apa la, sekurang-kurangnya Myra dapat la juga berjalan-jalan daripada terperap dalam rumah je. Dah berjalan-jalan dekat KL, Myra pergi pulak dekat Klang jumpa Makcik Myra.  Makcik Myra ni pun Bitrhday sama je dengan Myra. Tapi Myra pun tumpang sambut dekat rumah Makcik Myra. Semalam siap bakar sate lagi. Maaiiihhh... Habis diet Myra bile makan sate tu..

Tinggal lagi bpe minggu je Akak Myra dah nak kawin. Tapi berat Myra tak turun-turun lagi. Haih... Dalam hati sudah berazam turunkan berat badan sebab tak nak berat ni naik secara mendadak. Ti susah nak turun. Dah la badan ni susah nak turun berat. Nasib baik semalam tak ada kek. Tak sabar Myra tunggu majlis Akak Myra ha... Lepas ni Myra tak ada la kawan sebilik dengan Akak Myra lagi.

P/s: Terasa sekejap je masa dah berlalu...