Kawan Triangle o_o

Assalamualaikum and Good Morning to all readers~! I'm back bebeh~! Haha.. Sekarang ni Myra ada dekat UTP. Yes of of course, I did past my interview. Alhamdulillah Myra dapat la jugak nak tunaikan hajat family Myra. Sekarang ni Myra dah pun nak habis satu sem dekat sini. (Dah nak habis sem baru nak bagitahu) Dekat sini Myra ambil Foundation of Information Communication Technologies or also known as ICT. No I'm not taking engineering. Alhamdulillah that it already week 10. Selama ni dapat la juga Myra survive dekat sini. Kalau tak mati wooo~ Bukan senang dekat sini. Siapa rasa budak UTP ni budak pandai korang jangan expect tinggi-tinggi. Tak semua orang pandai. Even Myra pun tak pandai lagi. So no need to think that UTP's student are brilliant, genius or so on, so on. Just stop it ok? It's kinda pretty annoying.

Dah-dah sekarang ni Myra nak cerita fasal Friendship la kejap. Hoho... Tiba-tiba je nak cerita fasal frienship pulakkan? Tak ada la, Myra nak cerita sikit fasal experience Myra dekat sini. Masa Myra dekat sini, Myra macam "Having a hard time". Serious!!! Ini bukan sekadar tipu menipu. Myra cakap macam tu sebab masa Myra masuk sini, seriously Myra tak ada kawan, tak ada orang yang Myra kenal, senang cerita tak ada siapa-siapa la. I'm all alone you know. Myra sangat jealous dengan orang lain. Diorang semua ada kawan sama sekolah, ada kakak, ada abang, ada cousin, ada senior and segala jenis manusia yang diorang kenal la. So back to the track, I'm all alone. By myself. Can you imagine that you all alone. Nobody knows about you and you also don't know about them. It's like you are starting from zero.



So of course dah duduk dekat asrama mesti ada roommate kan? Roommate Myra baik sahaja. Awal-awal sahaja dia rapat dengan Myra. Tapi sejak kitorang dah jumpa kawan baru, dia pun lupakan Myra. Bukan lupakan la. It's like I'm being left out. Macam dipinggirkan la. sebab kitorang kawan bertiga. Jadi salah seorang mesti terasa dipinggirkan. Myra tak kisah pun diorang rapat. But come on~!!! I'm also right here too okay?!!!

Myra bukan nak burukkan diorang.Tapi macam memang dapat rasa la. Macam bayangkan, kitorang sama kelas, sama course, sama group, and senang cerita semua benda kitorang sama la. Yang menambahkan berat beban ni seorang roommate Myra, lagi seorang budak depan bilik Myra je. Jadi kitorang akan jumpe 24 hours la. Myra sakit hatinya macam diorang cakap sesama sendiri. It's like they are talking their own language. Lepastu kalau ada tangkap gambar ke apa, Myra la jadi photographer diorang. Myra tak akan involve pun. Bukan Myra nak sangat mengedik ke apa. Tapi macam come on la. I'm always with you guys~! Macam nampak sangat Myra tak wujud depan diorang. Seriously it's kinda hurt.

Ada kawan Myra cakap macam "Be patient". Myra macam penat bersabar. Sampai bila lagi Myra nak bertahan macam ni? Dengan macam wujud tak wujud je. Awal-awal Myra chill je. Bagi Myra macam tak pelah. Asalkan diorang tak tinggalkan Myra seorang. Tapi makin lama Myra tahan, makin menjadi-jadi. (Dah macam buat hipothesis pulak)

Kadang-kadang Myra tanya diri Myra. Mana tahu Myra ada buat salah ke pe. Kita tak tahukan perasaan orang,. Mungkin ada benda kia boleh teka. Ada benda kita tak dapat teka. Myra tak boleh je nak salahkan diorang. Everyone make mistakes. That why people keep saying that everyone not perfect. Bila manusia tahu diri dia tak perfect, tak sempurna manusia akan cuba sedaya upaya untuk mensempurnakan diri  mereka.

P/s: Even though I'm all alone, I still got other friends to supporting me. So I don't have to worry about it. ^_^

My 1st Interview

Assalamualaikum~! Hoho~ Kali ini Myra nak cerita tentang pengalaman Myra interview dekat Universiti Teknologi Petronas or also know as UTP. Kalau korang nak tahu la, bila orang tanya la korang graduate dari mana. Lepastu korang jawab korang graduate dari UTP mesti orang akan kagum. Nak masuk dekat situ pun memang agak susah la. Orang macam Myra ini memang tak layak la. Kalau orang nak jadi engineering impian diorang memang nak sangat masuk UTP la. Myra apply dekat situ pun sebab ada kos ICT.

Macam abang Myra la. 4 tahun yang lalu (mengenang kisah silam) masa tu abang Myra baru lepas SPM. Abang Myra pun apply kat UTP sebab dia nak jadi engineering. Masa zaman dia kena duduk seminggu. Dalam seminggu tula interviewer ni akan observe yang kita ni layak ke tak. Tapi masa Myra punya turn tu nasib baik satu hari je. Tapi dalam satu hari tu pun dah letih.

Tapi masa tu abang Myra tak dapat. Dia agak kecewa. Tapi tak apa la. Rezeki abang Myra jadi doktor. Jadi doktor bukan senang. Myra tengok abang Myra belajar berasap la juga dia baca buku. Sesiapa yang ambil Bio korang tahu jela macam mana.

Hari Myra interview hari Ahad, jadi masa sampai sana hari Sabtu. Malam-malam tu abang Myra dah call tanya Myra macam-macam. Dia tanya sampaikan Myra pun dah tak terjawab. Tapi dia jawab tu sangat berpandangan jauh. Jadi Myra pun tak sempat nak fikir apa akan jadi dekat Myra.

Masa hari interview tu memang ramai gila~! Entah berapa ramai pun Myra tak tahu. Masa ceramah tu dia cakap dalam setiap batch UTP akan pilih hanya 700 orang sahaja. Dalam satu batch tu tak silap Myra ada 4ribu orang die nak interview tapi hanya 700 orang sahaja akan terpilih. Bila Myra dengar tu harapan Myra nak masuk tu agak tipis. korang bayang la, kebanyakan yang apply tu budak straight A. Myra tak dapat straight pun. Myra punya result lekak lekuk.

Masa Myra Punya interview tu agak teruk la. Sebab otak dah lama tak belajar, jadi nak fikir pun tak dapat la. Interview dekat UTP memang kena fully speaking. No rojak-rojak or manglish ke pe. Dah la kena cakap fully speaking. Myra dah lama tak speaking dengan orang. Grammar Myra pun dah tak betul. Nak fikir pun otak dah jadi lembab. Apa lagi yang nak disenaraikan? Senang cerita masa interview tu sangat teruk la.

Masa interview dia suruh duduk dalam satu group dan bagi satu proposal. Masa tu la otak Myra dah blank. Myra pandang proposal tu macam tak ada benda. Sedangkan kita kena fikir dalam masa 20 minit je. Myra pun ambil kertas kosong dan Myra merepek-merepek jela dalam tu. Lepas tu kena pergi satu bilik ni. It's call The Waiting Room. Masa Myra baru sampai bilik tu, Myra baru nak duduk Myra dah kena panggil. Dalam otak Myra tak sempat nak fikir apa-apa lagi, dah kena panggil.

Masa dalam bilik interviewer tu macam-macam la Myra merapu. Mula-mula dia suruh memperkenalkan diri. Masa tu la Myra merepek. Dah la cakap tak betul. Lepas Myra dah merepek, dia tanya pasal proposal tadi. Otak Myra dah blank balik. Myra pun sambung balik merapu-rapu. Lepastu interviewer tu pun cakap tak apa lepas akan jumpa dia balik tapi dalam group pulak.

Masa dalam group tu lagi la teruk. Dalam group tu semua orang tak bersuara. Hahaha... Tak adalah sampai semua tak bercakap. Diorang cakap tapi macam berterabur la, ada tu pandai tapi bab nak speaking dengan orang tak boleh la. Macam-macam jenis la. Myra pun macam tergagap. Tak dapat nak fikir pape. Tapi dalam group tu memang sangat teruk gila la. Dah la. Myra tak nak cerita. Terasa sangat teruk. Myra cerita ni pun dah tak betul.

P/s: The moral of lesson is don't  mess up your own interview.

Mr. and Mrs. Kotak Pre-Wedding

Assalamualaikum dan hey there everyone~! Seperti yang Myra janjikan, Myra sudah siapkan Mr. and Mrs. Kotak untuk wedding punya~! Hohoho~ Lega bila dah dapat siapkan, sebab wedding Akak Myra sudah nak dekat woo~ Tinggal lagi beberapa minggu lagi dan banyak lagi yang kena siapkan~! Harap-harap la sempat. Ini dia hasil yang Myra buat~!



Cantikkan??? (Nak puji diri sendiri jap. Hahaha...) Ni baru sahaja lepas siap... Belum lagi sampai the real wedding. Myra dengan Akak punya la excited siap buat mini studio lagi. Pastu kitorang pun decorated la sikit-sikit sana sini pastu dah jadi macam ni pulak. Kitorang siap buat mini studio lagi. Punya la tak ada kerja.



Inilah studio mini kitorang. Dicelah ceruk penjuru bilik.. Haha.. Comelkan? Bunga punya la banyak tapi dapat tangkap gambar dengan bunga sikit je yang masuk.  Lepas tu Myra siap letak atas bakul hantaran yang bentuk basikal tu. Kononnya macam naik kereta pengantin la.


Mr. and Mrs. Kotak memang jadi model la... Lepas ni Myra ingat nak buat pintu gerbang. Wah... Sampai macam tu sekali. Tapi Myra tak buat kot sebab takut tak jadi bila buat tu dan masa sangat suntuk. Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum wedding Akak Myra. Lepas ni da kena buat hantaran, bunga telur, kemas rumah lagi. Macam-macam la kena buat. Myra pun excited~! Hoho~ Macam Myra pulak nak kawin. Anyway, I hope that you all enjoy this entry~!


P/s: Ni hasil kedua Myra. Yang 1st sila tekan disini ya~! Mr. and Mrs. Kotak

Celebrate April Fools Day

Assalamualaikum and hello~! Hari ni walaupun dah 2nd April, Myra tetap jugak mahu cakap pasal semalam. Semalam merupakan Birthday Myra~! Happy Birthday to Me~! Happy Birthday to Me~! Happy Birthday to Meee~!Hohoho... (Nyanyi seorang saja.)


Semalam Myra tak ada la sambut macam siap ada kek segala bagai. Semalam Myra hanya berjalan-jalan dekat KL beli barang untuk Akak Myra yang dah nak kawin tu. Sambut Birthday sendiri dengan tolong beli barang Akak. Tapi bagi Myra tak apa la, sekurang-kurangnya Myra dapat la juga berjalan-jalan daripada terperap dalam rumah je. Dah berjalan-jalan dekat KL, Myra pergi pulak dekat Klang jumpa Makcik Myra.  Makcik Myra ni pun Bitrhday sama je dengan Myra. Tapi Myra pun tumpang sambut dekat rumah Makcik Myra. Semalam siap bakar sate lagi. Maaiiihhh... Habis diet Myra bile makan sate tu..

Tinggal lagi bpe minggu je Akak Myra dah nak kawin. Tapi berat Myra tak turun-turun lagi. Haih... Dalam hati sudah berazam turunkan berat badan sebab tak nak berat ni naik secara mendadak. Ti susah nak turun. Dah la badan ni susah nak turun berat. Nasib baik semalam tak ada kek. Tak sabar Myra tunggu majlis Akak Myra ha... Lepas ni Myra tak ada la kawan sebilik dengan Akak Myra lagi.

P/s: Terasa sekejap je masa dah berlalu...

Everything Must Comes and Goes

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera kepada pembaca blog Myra. Hari ni Myra nak cerita tentang kucing Myra. Semalam kucing Myra mati. Sebenarnya dah banyak kucing Myra hilang. Tapi kali ni Myra sangat sedih, sebab kucing Myra mati depan mata Myra. Pertama kali Myra tengok kucing mati depan mata Myra. Masa dia mati tu Myra ingat lagi masa dia kecik lagi.


Masa ni kali pertama Myra ambik diorang dari kawan mak Myra. Comelkan?! Masing-masing macam patung. Yang dari kiri tu Myra paggil die Duchess, tengah Myra paggil Dewey, hitam putih tu Myra panggil dia Panda~! Myra sayang gila-gila sebab masa ni diorang masih baby lagi. Jadi masa ni diorang pun tak biasa lagi dengan Myra.. Bila dah besar diorang dah biasa Myra lepaskan diorang dekat belakang rumah Myra.


Ni diorang sudah besar sikit. Myra pun tak ingat dah berapa bulan diorang dok rumah Myra. Diorang ni sangat behave and sangat baik. Dari kecil sampai besar, diorang pandai jaga diri and tak buat sepah dekat rumah Myra. Bila dah besar Maih bukan main lagi gedabak diorang... Ayah Myra bukan panggil diorang Duchess, Panda and Dewey. Ayah panggil Si Besar untuk Duchess, TamTeh untuk Panda and Taichik untuk Dewey. Haha..

Panda

Atas Dewey bawah tu Duchess

Memang besar gila. Tapi bila diorang da besar la seekor demi seekor hilang. Mula-mula si Duchess yang hilang. Parents Myra cakap Duchess hilang sebab jiran Myra ambik. Myra bukan nak tuduh ke apa, tapi mak Myra nampak kucing tu dekat rumah jiran. Kadang-kadang pun Myra ada nampak juga. Tapi biarkan jela. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Lama-lama si Panda pulak yang hilang. Myra pun tak tahu mana dia hilang. Last sekali Myra nampak dia masuk dalam semak hutan belakang rumah Myra. Pada masa sama juga, belakang rumah Myra nak buat dewan, jadi hutan-hutan tu kena la ditebangkan. Lepas tu semalam si Dewey pulak meninggalkan Myra. Dia mati depan mata Myra.

Kelmarin Myra baru balik dari Johor.  Myra sampai rumah pun dah malam. Jadi kalau rumah tak ada orang biasanya kucing Myra pergi jalan-jalan. Semalam Myra bangun siap-siap nak pergi bandar kejap sebab ada urusan. Pagi tu ayah Myra jumpa Dewey dekat rumah jiran. Ayah ambik Dewey and letak dekat rumah. Masa tu dia sangat lemah. Myra xtahu kenapa dia jadi macam tu. Myra tengok badan dia kotor-kotor. Myra ingat dia terjatuh masuk longkang kot. Mungkin tu sebab dia sangat lemah. Bila Myra balik tengahari dari bandar. Myra tengok Dewey dah terdampar kat atas lantai. Myra tengok dia dah semakin lemah. Myra angkat dia letak atas meja.

Masa tu badan Dewey dah tak boleh bergerak. Badan dia sangat lembik. Tapi masa tu ekor dia masih bergerak-gerak lagi. Myra pun bagi dia air sikit. Dia minum banyak. Lepastu mulut dia dah terbuka je. Dia macam susah nak bernafas. Myra usap je. Masa tu Myra masih lagi bersabar. Myra cakap dekat diri Myra, mungkin dia penat je kot. Tapi dari jauh hati Myra tahu tak lama lagi dia akan pergi.



Pada 18 March 2013 pukul 4.15 p.m. Myra pergi jeguk dia kejap... Pastu Myra usap dia lagi. Tapi ekor dia dah tak bergerak. Myra goyang-goyang badan dia. Dewey langsung tak gerak. Myra dah cemas, Myra usap dekat kepala dia. Mata dia tak berkelip langsung. Myra dah bertambah cemas. Myra goyang- goyang badan dia. Dia masih tak bergerak and anak mata dia semakin membesar. Myra panggil mak Myra. Myra menangis gila-gila. Pada masa tu Myra tahu yang Dewey dah tinggalkan Myra.

Myra lari ke atas nak panggil ayah Myra yang kucing dah mati. Hati Myra dah tak tahan, sebab Myra dah kehilangan kawan Myra. Dewey sangat muda lagi. Dia baru sahaja 2 tahun. Myra tak tahu kenapa dia mati awal. Mungkin sebab dia sakit, yang Myra tak tahu. Myra duduk sebelah Dewey sehingga dia ditanam. Family Myra cakap yang nanti diorang cari yang baru. Myra bukan tak nak baru. Myra cuma sedih sebab dia tinggalkan Myra cepat. Myra sudah kehilangan kawan Myra. Depan mata Myra dia tinggalkan Myra.

Myra tahu setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Myra sangat redha apa yang telah berlaku. Tapi Myra masih sedih lagi. Setiap kali Myra ingat masa dia sakit, mesti Myra akan menangis. Myra sangat sedih yang Myra tak boleh buat apa-apa. Myra akan sentiasa ingat diorang bertiga bersama...

P/s: Myra minta maaf yang Myra tak dapat buat apa-apa.

Mr. and Mrs. Kotak

Assalamualaikum~! Hari ni memandangkan ramai kawan and family Myra suka Mr. and Mrs. Kotak jadi Myra nak post dekat sini. Mesti korang nak tahukan pe benda Mr. and Mrs. Kotak ni kan??? Mr. and Mrs. Kotak adalah benda ni..


Mesti korang terasa comel gilakan??!!! Tengok la siapa yang buat... (Nak belagak jap.. Hahaha..) Anyway masa ni Hari Guru tahun lepas. Hari Guru tahun lepas memang bosan gila. Jadi untuk menghilangkan kebosanan, Myra pun hias la kotak-kotak ni terus ada baju... Tapi memang seronok gila masa buat ni. 


Inilah hasil-hasil yang Myra buat... Yang riben tu agak hodoh sikit, sebab time tu tak ada idea lagi... Kesian riben tu.. Myra buat ni memang berebut kawan-kawan Myra nak bergambar... Memang terharu gila-gila, sebab ada orang menghargai hasil-hasil yang Myra buat. Lepas ni Myra akan buat versi wedding dress pula. Buat ni pun sebab akak Myra dah nak kahwin. So harap-harap hasilnya cantik la... Ada kawan Myra cakap

Kawan: Nanti kau buat la versi pakai tudung pulak ye...
Myra: Macam mana nak buat? Benda tu petak kot.
Kawan: Pandai-pandai la kau guna imaganasi kau tu...
Myra: =="

Tapi Myra memang suka buat benda-benda macam ni. Kalau Myra bosan je, tangan Myra mula la menggatal nak cari benda nak buat something. Anyway, I hope that u all love this Mr. and Mrs. Kotak. ^^

P/s: Insyaallah, versi wedding dress Myra akan postkan juga~!

Welcome Home~!

Assalamualaikum! Owh yeah!!! Hari ni Abang Myra sudah balik Malaysia! Horeeyyy~! Wah sungguh gembira betul Myra. Terus rasa nak menari dengan riang... Lalala~ Haha... (Merepek je ==") Tapi abang Myra mesti rasa sedih, sebab dia dah duduk dekat luar negara lebih 2 tahun. Jadi nak balik ni mesti dia sedih gila-gila. Tapi nak buat macam mana. Dia duduk dekat luar negara pun sebab belajar.Terasa nak menari dengan riang pula... Terlampau happy... Lalala~


Tak sabar nak tunggu Abang Myra...(Sebenarnya tak sabar tengok barang souvenir. Hehe.. ) Selalunya kalau orang balik dari travel ke apa mestilah ada ole-ole. Jadi tak sabar tunggu ole-ole dari Abang Myra. Apa la agaknya yang dia akan bawa balik. Huhuhu... Nak berjoget-joget jap... Lalala~ (Dari tadi nak berjoget sahaja.) Sekejap lagi dia akan sampai... 

P/s: Feeling awesome right now.. Owh yeah!!!!!  

It's Hard To Forget Someone That It's Already Part In Your Life

Assalamualaikum and Good Morning/Afternoon/Evening/Night (pilih la mana-mana satu yang korang nak.) Hari ni Myra nak cerita pasal kawan-kawan Myra... Sejak kebelakangan ni Myra tengok diorang ni "having a hard time" maksudnya diorang mengalami dalam kesusahan. Ada tu baru lepas putus cinta. Ada tu baru lepas kehilangan seseorang. Ada tu pula masalah dengan family. Jadi macam-macam la masalah dalam dunia ni. Myra teringat dekat Cikgu BM Myra. Dia cakap yang kita hidup dalam dunia ni seumpama kita berada atas pentas. Kita sekarang ni adalah pelakon-pelakonnya. Yang peangarah semua itu adalah kuasa Tuhan. Dialah yang mengatur kehidupan kita semua.

Setiap cerita mesti adalah konfliknya kan??? Kalau tak ada konflik mesti cerita kita ni tak menarik langsung. Macam korang baca dalam novel dan tengok drama dalam tv tulah. Medti ada konfliknya. Kalau tak cerita tu tak jadi best la kan. Jadi konflik ni macam kita berada dalam masalah juga la. Setiap seorang mesti ada masalah yang sama. Situasi yang membezakan. Korang jangan fikir yang Myra ni hidup sempurna. Myra ada segala-segalanya. NO!!! Myra pun hanya manusia biasa macam korang. Tapi korang kena berusaha untuk mendapat kesempurnaan tu.


Ada sekali tu Myra kehilangan Kucing pertama Myra. Dia seumpama kawan baik Myra. Myra jaga dia dari kecil lagi sampai la dia besar. Masa dia kecil myra ingat lagi yang Myra bawa masuk dia dalam bilik Myra. kitorg tido sama-sama. Bila dia semakin membesar dia dah semakin nakal. Masa orang nak tidur la dia suka tarik-tarik rambut Myra. Kalau dia nakal macam tu Myra ketuk kepala dia. Lepas tu baru dia tidur. Ada sekali tu kucing Myra ni hilang nak dekat seminggu. Baru 3 hari Myra da menangis tak henti-henti yang mungkin dia mati ke apa. Lepas seminggu tu kucing Myra tu balik. Baru dia duduk dua hari kucing Myra hilang balik. Mula-mula Myra ingat tak apa, dia berjalan kejap tu balik la dia. Sejak dari tu sampai sekarang Myra dah tak jumpa dia lagi. Myra menangis macam orang tak betul dah. (Siapa tak sayang kucing) Sejak daripada tu Myra kena tabahkan hati. Sebab Myra masih lagi ada family dan kawan-kawan Myra. ;)

Dalam dunia macam-macam dugaan yang kita kena lalui. Tahun lepas Myra dipinggirkan oleh kawan-kawan kelas Myra. Tahun lepas juga Myra bergaduh dengan kawan Myra disebabkan Myra tak boleh nak tolong dia. Every year Myra lost contact kawan baik Myra. Myra juga selalu ditikam belakang. Awal tahun ni juga Myra kehilangan seorang kawan Myra yang Myra sudah anggap dia macam abang Myra sendiri. Tanpa dijangka awal tahun ni juga, kawan sekolah rendah Myra meninggal sebab excident. Tapi nak buat macam mana.. That's part of life. People come and go.

So... To all my friends that having a hard time, never give up and always look at the bright side. Setiap perbuatan dan keadaan yang kita lalui mesti ada hikmahnya. Ada kawan Myra pun ada mengingatkan Myra yang "Orang yang cepat putus asa adalah orang yang rugi." dan "Tuhan tak akan beri sesuatu dugaan diluar kemampuan kita." Myra tahu setiap seorang kena ambil masa untuk pulihkan balik hati tu. Tapi jangan mengambil masa yang lama, sebab masa tidak menunggu kita. Setiap saat masa akan berlalu tanpa kita sedari. Don't waste your life with the past. Ok???

P/s: Harap-harap kawan-kawan Myra dapatkan pulih semula dan bersemangat macam Myra kenal mereka dulu... ^_^

Happy Belated To Abang~!

Assalamualaikum!!! Sudah lama Myra tidak buat sebarang entry dekat B.L.O.G Myra. Dah lebih setahun sebenarnya. Almaklumlah tahun lepas Myra hanya sibuk dengan sekolah... Bila sudah sibuk jadi Myra pun tak ada masa nak update. Okay...  Tajuk utama entry ini ialaaaahhh... Happy Belated To Abang Myra!!!! Hahaha... (Sekarang baru nak wish) Mesti korang tertanya kenapa Myra nak duk heboh pasal Abang Myra ni.. Well, sebenarnya Abang Myra tak ada dekat Malaysia. Abang Myra sekarang tengah kerja di tempat orang. Myra sangat rindukan dia!!! :'(  (Adik kesayangan ni. >.< )


Sedangkan tak adalah lama sangat pun. Dia baru tinggalkan Malaysia. Tapi kalau dia ada pun mesti Myra jadi mangsa bulinya. Myra sebenarnya tak tahu apa yang nak ditaipkan lagi pasal Abang Myra ni. Tapi yang Myra tahu yang Myra tak sabar tunggu dia balik. Walaupun Abang Myra suka membuli, tapi dia sangat baik... Abang siapa tak sayang keluarga sendiri??? Kalau tak sayang tu, Myra tidak tahu mahu cakap apa la... Itulah sahaja kot untuk entry ni... Nanti-nanti sahajalah Myra update lagi...

P/s: Selamat Belayar~! Jaga diri baik-baik... ^_^