So Bored!!! Almost To Be A Crazy Person...


Ehem.. Ehem.. Sebelum nak start bagi Myra nak jerit sekuat hati dulu. BOSAN!!! Sekarang Myra duduk bosan je. Tak kira la rumah ke atau sekolah. Kalau dekat rumah tak ada kawan. Kalau dekat sekolah pulak bosan jugak. Yela, si Mad dengan Ejam dah pindah jauh. So Myra dengan Kakya pun dah bosan duduk dua orang je. Kawan-kawan semua duduk jauh-jauh. Kalau Myra tengok dekat seberang sana, semua syok je.

Masa Myra pergi seberang sana, agak bosan la jugak. Sebab tak ada kawan la. Apalah Myra ni. Semua duduk bosan je. Macam mana tak bosan??? Sikit-sikit buat benda sama je. Balik rumah dah mandi semua tu, lepatu kena pandang buku je sampai malam. Tidur, bangun pergi sekolah buat benda sama je. Bosan tul. Dengan classmate Myra yang agak bising macam pasar. Ada yang menjerit macam orang tak betul je. Lepastu boleh pulak orang "Syyyhhhh..." Ada pulak yang berlari macam kanak-kanak ribena. Aduh!!! Pening kepala dibuatnya. Mabuk la kalau tengok diorang macam tu.

Sekarang Myra dengar abang Myra pergi belayar dekat US. Ngee~ Bosanlah kalau dia tak ada lagi. Kalau tak boleh la nak berebut lappy and broadband. Hehehe.. Lagi sunyilah rumah Myra ni. Kakak Myra pun balik kadang-kadang je. Bosan bosan.. Tak apa.. Nanti boleh mintak ole-ole dari dia.. Hehe..

Myra rasakan, Myra nak je buat kerja bodoh macam gambar tu. Boleh pulak main-main macam tu. Kononnya tengah berenang.. Rasanya macam best je.. Hehe.. (Tak ada kerja betul Myra ni)
Ha.. Myra baru ingat ada cerita menarik sikit. Sikit je.. Macam biasa la Mad dengan Ejam. Sekarang ni Myra tengok Ejam makin lama, makin terserlah keayuannya.. Haha.. Mula-mula Myra lepak dengan Nina. Bosan pulak duduk dengan Farieza. Bosan jugak. Myra nampak neck tie. Myra pun bosan sangat. Myra ambik neck tie buat bunga ros. Lepastu lepak dengan mamat-mamat tu. Masa Myra berdiri sebelah diorang, boleh pulak diorang cakap "Bagi saya Kopi O' dua" =_=" Merepek je diorang tu.

Mad dengan Ejam ada cakap dengan Myra yang diorang selalu kenakan orang. Myra cakap yang Myra selalu kenakan Soraya. Dua tahun berturut-turut Myra kenakan dia. Itu yang best sangat-sangat. Sekarang yang bestnye diorang kenakan Soraya. Mula-mula Soraya cakap dengan Myra dia yang kena dulu baru Myra. Lama-lama kemudian, si Ejam ni nak kenakan Soraya. Mula-mula Ejam cakap macam ni "Soraya sini kejap, aku nak bagitau rahsia ni" Soraya tak nak pergi takut kena lagi. Myra pun cakap la yang Ejam ni nak bisik dekat Soraya. Lepastu Soraya bangun dari tempat duduk dan Myra duduk tempat dia. Bila Myra dah duduk, Myra tengok Soraya dah siap nak dengar lagi. Last-last Ejam dengan Mad cakap macam ni "Bagi saya minum Kopi O' dua, dan Sepana Hidup lima" Hahaha... Kesian Soraya. Myra gelak sampai tak ingat dunia.. Kesiankan Soraya??? Tak pasal-pasal kena lagi.

Itu sahaja la untuk hari ni. Myra sekarang tak ada banyak cerita menarik untuk dikongsi. Siapa-siapa yang ada nama dalam ni jangan marah ye!!! Ok Papai !!! Wasalam..

P/s: Nak try ni buat-buat berenang.. Best kot!!! Haha.. (Merepek je =_=")

No comments:

Post a Comment