Happy Like "Kanak-kanak Ribena"

Halu.. Halu.. Hari baru nak tulis kat blog ni.. Agak dah lama tinggalkan.. Macam rindu sikit.. Hehe.. Boleh pulak macam tu pulak... Hari ini Myra gembira sangat-sangat. Sebab dari hari isnin Myra badmood je.. Tapi hari ni Myra happy macam dalam gambar bawah ini.. Macam dalam hati ada taman.. (Taman kebudak-budakan)  Haha.. ^_^


Ini yang Myra nak ceritakan dekat yang tengah membaca B.L.O.G Myra ini macam-macam la.. Tapi Myra cerita apa yang Myra mampu dulu. Mula-mula nak cerita pasal hari ini.. Myra gembira pasal dua orang kawan baik Myra akan pindah dekat kelas Myra.. Hoho.. Best betul la.. Ceritanya macam ini. Masa waktu sains kelas Myra kena pergi makmal. Nak pergi makmal itu kena lalu kelas kawan Myra tu. Masa lalu tu kawan Myra la cakap dekat Myra yang dia nak pindah kelas Myra.. Myra tanya balik boleh dapat ke?? Pastu diorang hulur satu kertas. Myra baca-baca, diorang dapat kebenaran!!!! Hoho.. Bestnye!!! Melompat-lompat Myra yang diorang dapat kebenaran... Walaupun kebenaran tapi Myra gembira jugak.

Masa nak tunggu cikgu datang, Myra cakap la kalau nak masuk kelas Myra boleh. Tapi jangan duduk bising pulak. Sebab Nina kawan Myra nak buat report pasal kelas Myra. Kelas Myra punya la bising macam pasar.. Serius, memang bising. Kalau korang masuk pun mesti sakit hati. Time belajar bising, time tak belajar pun bising. Kadang-kadang tu tension Myra dibuatnya. Ada sekali tu Myra marah gila-gila la.. Sebab Myra dah fed up gile..

Macam ini ceritanya. Hari Isnin pagi-pagi tak pasal-pasal Myra kena tarik belakang sebab kononnya Myra bising waktu perhimpunan. Sedangakan orang lain bising Myra pulak yang kena. Bila nak pergi surau Myra nampak cikgu yang tarik Myra. Lepastu cikgu tu drop Myra. Ok fine. Myra diam, Myra redha je. Lepas rehat, Myra dah ok balik. Sebelum waktu Math, ada kawan Myra pinjam buku nota math. Myra bagi. Bila waktu Math cikgu masuk dan suruh salin nota dekat depan. Myra mintak dekat Nina sebab tempat Nina lagi dekat. Bila dah dapat balik, Myra tengok dekat depan nama Myra ada orang pergi letak highlight. Dalam hati Myra kata "Siapa yang bijak sangat yang buat kerja cerdik ni??" Myra tahan je. Myra tahu takkan benda itu pun Myra nak marah. Tapikan cuba korang fikirkan. Orang pinjam buku lepastu buku tu orang conteng. Mesti sakit hatikan???

Lepas waktu Math, Myra tanya kawan Myra tu siapa yang buat kerja cerdik ini?? Dia cakap la ada budak lelaki itu. Myra pergi tempat mamat tu. Myra tanya. "Wei kau ke highlight nama aku??" Lepastu mamat tu sengih macam senyum kambing B***.  Myra maki dia "Kau ni kenapa??? Aku ada wat hal dekat kau  ke??" Mamat tu diam je. Myra sambung lagi "Kau tu dah la memekak dalam kelas, dah la biadap, tak nak belajar. Kau fikir kau bagus sangat ke?? Kau dah pandai???" Mamat tu diam je. Myra marah pun ramai orang terperanjat. Mencarut-carut Myra marahkan dia. Sebelum ni Myra tak pernah mencarut banyak. Myra cakap b**** je, yang lain semua tu Myra tak keluar pun dari mulut Myra. Siapa tak marahkan??? Sakit hati Myra. Kalau boleh Myra nak marah je lagi. Tapi Myra blah dari tempat tu. Myra sabar je. Nak marah banyak-banyak pun tak guna jugak. Buat sakitkan tekak je.

Lepas Math, mamat tu duduk diam je. Myra sakit hati semua tu ada. Sekarang ni Myra tunggu je yang Nina nak buat report. Diorang masuk kelas Myra sebab nak nama je. Kalau ikutkan diorang tak boleh masuk. Buat masa sekarang ni Myra kena sabar dulu. Lagipun budak-budak kelas Myra tu ramai budak spoiled. K la sampai sini je Myra cerita. Insyaallah Myra akan cerita HOT kalau dapat jumpa bahan-bahan.. Hehe.. Wasalam and  Papai ^_^

P/S: Siapa tahu siapa orang tu diam-diam sudah dan siapa yang tak suka kawan Myra nak masuk kelas Myra suka hati korang la. Asalkan diorang tak macam budak-budak kelas kita.

No comments:

Post a Comment