First Day Home Alone

WARNING: Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, dan pembaca blog sila ambil kapas, bantal atau apa-apa sahaja yang boleh tutup telinga anda. Kerana ada seorang hamba ini ingin menjerit sekuat hatinya karana dia sangat LAPAAAAAAAARRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!! Hamba tersebut akan menyerang ke dapur anda semasa azan waktu magrib kerana hamba tersebut sedang berpuasa. Apabila tiba masanya hamba tersebut akan menyerang dapur anda seprti gambar tersebut.


Ehem-ehem. Okey hari ini merupakan hari pertama Myra duduk sorang-sorang. Mana yang lain??? Macam biasa, semua family Myra sibuk dengan kerja masing-masing. Myra bosan gila la. Tak tahu nak buat apa lagi. Myra tak sabar tunggu hari Jumaat je. Saya mahu pergi ke Kedah!!! Muahahaha... Dapat juga pergi tempat yang Myra suka. Walauupun bagi sesetengah orang tu cakap Kedah tak best, tapi bagi Myra Kedah itu sangat best dan dapat mentenangkan jiwa raga anda ye... Bila dapat pergi Kedah dapat la jumpa kawan-kawan yang dah pindah kat sana tu. Harap-harap la dapat jumpa. BOSAN!!! Terlampau bosan. Aktiviti harian Myra senang je.

List Aktiviti Harian:

* Tengok TV
* Baca Novel
* Updated Benda Baru Dekat Blog
* Guling-guling Atas Katil
* Termenung
* On9 FB

Aktiviti Yang Nak Buat:

* Nak Hangout Dengan Kawan
* Nak Buat Experiment Makanan
* Nak Jalan-jalan
* Nak Jumpa Kawan Lama
* Nak Pergi Training
* Nak Jogging

Hah.. Ini la yang Myra buat setiap hari dan aktivit yang Myra nak buat. Tapi malangnya parents Myra tak bagi. Lagipun Myra bosan duduk seorang je dekat rumah ni. Rumah besar tapi sunyi gila. Ni la jadi anak bongsu. Kakak-kakak dan abang-abang Myra dah sibuk hal masing-masing. Myra pe la lagi. Sibukkan diri Myra. Sibuk buat apa??? Ni la. Duduk depan lappy. Dari pagi sampai la hari esok. Macam mana la lappy ni tak rosak. Sikit-sikit on9 je memanjang. Bosan kot. Duduk menung je. Nak tengok TV pun tak ada cerita sangat. Sikit-sikit cerita yang sama je. Sampai dah hafal dah dialog watak-watak tu. Anyway, Myra harap cuti tak ada la bosan macam selalu. Mesti la nak ada benda menarik. Betul tak??? Betul tak??? Ok la. Nanti kalau lagi lama, Myra lagi melalut. Bukan setakat melalut, merepek sengala benda la Myra cakap kat sini. Tengok tu Myra dah melalut... Puh.. Puh.. Itu sahaja.. Papai!!!

P/s: Jaga diri baik-baik!!! =D

No comments:

Post a Comment