Sky Of Love a.k.a Koizora

Hallo!!! Saya sudah balik dari Singapore!!! Muahahaha... Pasal Singapore tu nanti-nanti la Myra cerita. Sekarang ni Myra nak tanya. Korang rasakan kenapa Myra letak tajuk Sky Of Love??? Mesti korang Sky Of Love ni macam awan berbentuk love. Macam ni kat bawah ni


TET!!! Salah!!! Sky Of Love ni cerita drama yang menarik untuk orang macam Myra ni... Hahaha.. Gila perasan. Mari kita tengok gambar-gambar yang ada dalam filem drama ini...








Sekarang ni Myra nak cerita pasal cerita drama Sky Of Love. It's a Japanese drama not Korean. Cerita ni Myra tengok pergh buat Myra teringin nak ada BF macam tu. Punya la setia and sentiasa menjaga awek dia. Nak je pergi dekat sana. Myra tengok cerita ni banyak kali la jugak Myra ulang balik. Nak menangis la jugak tengok cerita ni. Teringin jugak nak jadi dalam cerita ni.

Sekarang Myra nak cerita pasal drama ni. Yang lelaki ni nama dia Hiro and perempuan ni pula Mika. Mula-mulanya macam ni. Mika ni dia nak sangat ada BF. Suatu hari tu kawan Mika ni (tak ingat la pe nama kawan dia tu) dia nak jumpa lelaki yang dia suka tu. Bila dah jumpa Mika ni dengan tidak sengaja terlanggar Hiro ni. Masa hari last sekolah, Mika ni tak jumpa handphone dia. Bila dah jumpa, ada orang yang misteri call dia. So Mika dengan orang misteri tu pun semakin rapat.

Bila sekolah dah habis cuti balik, Mika dengan orang misteri tu pun berjumpa. Korang rasakan siapa orang misteri tu??? Mesti la Hiro. Kalau bukan Hiro siapa la lagi. Bila waktu balik dia jumpa Hiro ni. Dia nampak Hiro tanam bunga yang Mika suka. Sejak daripada itu la Mika terima Hiro ni. So, Hiro ni orang yang setia dan dia akan menjaga Mika dengan sepenuh jiwa la. Sampaikan ada sekali Mika ni kena rogol. Perogol ni diupah oleh bekas awek Hiro. Tapi Myra tak boleh percaya yang Hiro ni dapat jejak perogol tu!!! Wah!!! Mari-mari kita tepuk tangan sama-sama.. Pak.. Pak..

Memang best la. Kalau korang tengok espcially kaum perempuan memang korang suka la tengok drama ni. Sambung balik, Hiro ni dia sentiasa tolong Mika. Masa Mika kena fitnah pun Hiro tolong. Bila musim salji Mika mengandung sebab apa entah Myra tak berapa sure. Tiba-tiba kandungan dia tu dah gugur. Dah gugur Mika dengan Hiro pun berjanji yang diorang akan datang ke tempat tu pada setiap tahun untuk mendoakan anak mereka berdua ni. Bila tahun ke-2 Hiro dah jarang jumpa Mika and sudenlly Hiro minta putus. Mika pun kecewa dan dia pun cuba nak dapatkan Hiro balik. Tapi macam mana pun Hiro tetap menjauhkan diri dia daripada Mika. Mika pun putus asa dan dia pun biarkan Hiro.

Bila Mika dah tak bersama dengan Hiro. Tahun ke-3 Mika dengan seorang lelaki Universiti. TApi tak lama pun. Masa Mika Tahun pertama masuk Universiti masa musim salji Mika dapat jumpa kawan Hiro. Mika pun rasa pelik kenapa kawan Hiro yang datang. Kawan Hiro ni pun bagitau dekat Mika yang Hiro ni sakit kanser dan dia sangat tenat (as usual). Lepastu Mika jumpa Hiro ni dan dia janji yang dia akan jaga Hiro sampai akhir hayat. Tapi tak sampai hajat pun Hiro ni pun mati. Kakak Hiro ada bagi diari Hiro dekat Mika. Sebelum Hiro mati, Hiro cakap dekat Mika yang dia nak jadi langit supaya dia nampak Mika dimana dia berada. Selang beberapa hari kematian Hiro, Mika ni nak bunuh diri tapi tak dapat sebab dia terjatuh ke belakang. Then buku diari Hiro tu pun terbuka dan Mika pun baca dan ada satu page tu Hiro lukis gambar Hiro, Mika dan anak mereka. Sampai sini sahaja la Myra dapat ceritakan. Sebab susah la ending dia. Myra tak tahu nak ceritakan macam mana. Kalau nak tahu tengok la sendiri. Minta maaf ye... Myra dah cari dekat Utube tapi tak jumpa la ending dia yang sebenarnya. Nanti Myra postkan kalau Myra dapat jumpa la. Papai.

P/s: Kepada kaum perempuan you must watch this drama!!! I know the girls like the love story.

No comments:

Post a Comment