Everything Must Comes and Goes

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera kepada pembaca blog Myra. Hari ni Myra nak cerita tentang kucing Myra. Semalam kucing Myra mati. Sebenarnya dah banyak kucing Myra hilang. Tapi kali ni Myra sangat sedih, sebab kucing Myra mati depan mata Myra. Pertama kali Myra tengok kucing mati depan mata Myra. Masa dia mati tu Myra ingat lagi masa dia kecik lagi.


Masa ni kali pertama Myra ambik diorang dari kawan mak Myra. Comelkan?! Masing-masing macam patung. Yang dari kiri tu Myra paggil die Duchess, tengah Myra paggil Dewey, hitam putih tu Myra panggil dia Panda~! Myra sayang gila-gila sebab masa ni diorang masih baby lagi. Jadi masa ni diorang pun tak biasa lagi dengan Myra.. Bila dah besar diorang dah biasa Myra lepaskan diorang dekat belakang rumah Myra.


Ni diorang sudah besar sikit. Myra pun tak ingat dah berapa bulan diorang dok rumah Myra. Diorang ni sangat behave and sangat baik. Dari kecil sampai besar, diorang pandai jaga diri and tak buat sepah dekat rumah Myra. Bila dah besar Maih bukan main lagi gedabak diorang... Ayah Myra bukan panggil diorang Duchess, Panda and Dewey. Ayah panggil Si Besar untuk Duchess, TamTeh untuk Panda and Taichik untuk Dewey. Haha..

Panda

Atas Dewey bawah tu Duchess

Memang besar gila. Tapi bila diorang da besar la seekor demi seekor hilang. Mula-mula si Duchess yang hilang. Parents Myra cakap Duchess hilang sebab jiran Myra ambik. Myra bukan nak tuduh ke apa, tapi mak Myra nampak kucing tu dekat rumah jiran. Kadang-kadang pun Myra ada nampak juga. Tapi biarkan jela. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Lama-lama si Panda pulak yang hilang. Myra pun tak tahu mana dia hilang. Last sekali Myra nampak dia masuk dalam semak hutan belakang rumah Myra. Pada masa sama juga, belakang rumah Myra nak buat dewan, jadi hutan-hutan tu kena la ditebangkan. Lepas tu semalam si Dewey pulak meninggalkan Myra. Dia mati depan mata Myra.

Kelmarin Myra baru balik dari Johor.  Myra sampai rumah pun dah malam. Jadi kalau rumah tak ada orang biasanya kucing Myra pergi jalan-jalan. Semalam Myra bangun siap-siap nak pergi bandar kejap sebab ada urusan. Pagi tu ayah Myra jumpa Dewey dekat rumah jiran. Ayah ambik Dewey and letak dekat rumah. Masa tu dia sangat lemah. Myra xtahu kenapa dia jadi macam tu. Myra tengok badan dia kotor-kotor. Myra ingat dia terjatuh masuk longkang kot. Mungkin tu sebab dia sangat lemah. Bila Myra balik tengahari dari bandar. Myra tengok Dewey dah terdampar kat atas lantai. Myra tengok dia dah semakin lemah. Myra angkat dia letak atas meja.

Masa tu badan Dewey dah tak boleh bergerak. Badan dia sangat lembik. Tapi masa tu ekor dia masih bergerak-gerak lagi. Myra pun bagi dia air sikit. Dia minum banyak. Lepastu mulut dia dah terbuka je. Dia macam susah nak bernafas. Myra usap je. Masa tu Myra masih lagi bersabar. Myra cakap dekat diri Myra, mungkin dia penat je kot. Tapi dari jauh hati Myra tahu tak lama lagi dia akan pergi.



Pada 18 March 2013 pukul 4.15 p.m. Myra pergi jeguk dia kejap... Pastu Myra usap dia lagi. Tapi ekor dia dah tak bergerak. Myra goyang-goyang badan dia. Dewey langsung tak gerak. Myra dah cemas, Myra usap dekat kepala dia. Mata dia tak berkelip langsung. Myra dah bertambah cemas. Myra goyang- goyang badan dia. Dia masih tak bergerak and anak mata dia semakin membesar. Myra panggil mak Myra. Myra menangis gila-gila. Pada masa tu Myra tahu yang Dewey dah tinggalkan Myra.

Myra lari ke atas nak panggil ayah Myra yang kucing dah mati. Hati Myra dah tak tahan, sebab Myra dah kehilangan kawan Myra. Dewey sangat muda lagi. Dia baru sahaja 2 tahun. Myra tak tahu kenapa dia mati awal. Mungkin sebab dia sakit, yang Myra tak tahu. Myra duduk sebelah Dewey sehingga dia ditanam. Family Myra cakap yang nanti diorang cari yang baru. Myra bukan tak nak baru. Myra cuma sedih sebab dia tinggalkan Myra cepat. Myra sudah kehilangan kawan Myra. Depan mata Myra dia tinggalkan Myra.

Myra tahu setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Myra sangat redha apa yang telah berlaku. Tapi Myra masih sedih lagi. Setiap kali Myra ingat masa dia sakit, mesti Myra akan menangis. Myra sangat sedih yang Myra tak boleh buat apa-apa. Myra akan sentiasa ingat diorang bertiga bersama...

P/s: Myra minta maaf yang Myra tak dapat buat apa-apa.

No comments:

Post a Comment