Celebrate April Fools Day

Assalamualaikum and hello~! Hari ni walaupun dah 2nd April, Myra tetap jugak mahu cakap pasal semalam. Semalam merupakan Birthday Myra~! Happy Birthday to Me~! Happy Birthday to Me~! Happy Birthday to Meee~!Hohoho... (Nyanyi seorang saja.)


Semalam Myra tak ada la sambut macam siap ada kek segala bagai. Semalam Myra hanya berjalan-jalan dekat KL beli barang untuk Akak Myra yang dah nak kawin tu. Sambut Birthday sendiri dengan tolong beli barang Akak. Tapi bagi Myra tak apa la, sekurang-kurangnya Myra dapat la juga berjalan-jalan daripada terperap dalam rumah je. Dah berjalan-jalan dekat KL, Myra pergi pulak dekat Klang jumpa Makcik Myra.  Makcik Myra ni pun Bitrhday sama je dengan Myra. Tapi Myra pun tumpang sambut dekat rumah Makcik Myra. Semalam siap bakar sate lagi. Maaiiihhh... Habis diet Myra bile makan sate tu..

Tinggal lagi bpe minggu je Akak Myra dah nak kawin. Tapi berat Myra tak turun-turun lagi. Haih... Dalam hati sudah berazam turunkan berat badan sebab tak nak berat ni naik secara mendadak. Ti susah nak turun. Dah la badan ni susah nak turun berat. Nasib baik semalam tak ada kek. Tak sabar Myra tunggu majlis Akak Myra ha... Lepas ni Myra tak ada la kawan sebilik dengan Akak Myra lagi.

P/s: Terasa sekejap je masa dah berlalu...

1 comment: