My 1st Interview

Assalamualaikum~! Hoho~ Kali ini Myra nak cerita tentang pengalaman Myra interview dekat Universiti Teknologi Petronas or also know as UTP. Kalau korang nak tahu la, bila orang tanya la korang graduate dari mana. Lepastu korang jawab korang graduate dari UTP mesti orang akan kagum. Nak masuk dekat situ pun memang agak susah la. Orang macam Myra ini memang tak layak la. Kalau orang nak jadi engineering impian diorang memang nak sangat masuk UTP la. Myra apply dekat situ pun sebab ada kos ICT.

Macam abang Myra la. 4 tahun yang lalu (mengenang kisah silam) masa tu abang Myra baru lepas SPM. Abang Myra pun apply kat UTP sebab dia nak jadi engineering. Masa zaman dia kena duduk seminggu. Dalam seminggu tula interviewer ni akan observe yang kita ni layak ke tak. Tapi masa Myra punya turn tu nasib baik satu hari je. Tapi dalam satu hari tu pun dah letih.

Tapi masa tu abang Myra tak dapat. Dia agak kecewa. Tapi tak apa la. Rezeki abang Myra jadi doktor. Jadi doktor bukan senang. Myra tengok abang Myra belajar berasap la juga dia baca buku. Sesiapa yang ambil Bio korang tahu jela macam mana.

Hari Myra interview hari Ahad, jadi masa sampai sana hari Sabtu. Malam-malam tu abang Myra dah call tanya Myra macam-macam. Dia tanya sampaikan Myra pun dah tak terjawab. Tapi dia jawab tu sangat berpandangan jauh. Jadi Myra pun tak sempat nak fikir apa akan jadi dekat Myra.

Masa hari interview tu memang ramai gila~! Entah berapa ramai pun Myra tak tahu. Masa ceramah tu dia cakap dalam setiap batch UTP akan pilih hanya 700 orang sahaja. Dalam satu batch tu tak silap Myra ada 4ribu orang die nak interview tapi hanya 700 orang sahaja akan terpilih. Bila Myra dengar tu harapan Myra nak masuk tu agak tipis. korang bayang la, kebanyakan yang apply tu budak straight A. Myra tak dapat straight pun. Myra punya result lekak lekuk.

Masa Myra Punya interview tu agak teruk la. Sebab otak dah lama tak belajar, jadi nak fikir pun tak dapat la. Interview dekat UTP memang kena fully speaking. No rojak-rojak or manglish ke pe. Dah la kena cakap fully speaking. Myra dah lama tak speaking dengan orang. Grammar Myra pun dah tak betul. Nak fikir pun otak dah jadi lembab. Apa lagi yang nak disenaraikan? Senang cerita masa interview tu sangat teruk la.

Masa interview dia suruh duduk dalam satu group dan bagi satu proposal. Masa tu la otak Myra dah blank. Myra pandang proposal tu macam tak ada benda. Sedangkan kita kena fikir dalam masa 20 minit je. Myra pun ambil kertas kosong dan Myra merepek-merepek jela dalam tu. Lepas tu kena pergi satu bilik ni. It's call The Waiting Room. Masa Myra baru sampai bilik tu, Myra baru nak duduk Myra dah kena panggil. Dalam otak Myra tak sempat nak fikir apa-apa lagi, dah kena panggil.

Masa dalam bilik interviewer tu macam-macam la Myra merapu. Mula-mula dia suruh memperkenalkan diri. Masa tu la Myra merepek. Dah la cakap tak betul. Lepas Myra dah merepek, dia tanya pasal proposal tadi. Otak Myra dah blank balik. Myra pun sambung balik merapu-rapu. Lepastu interviewer tu pun cakap tak apa lepas akan jumpa dia balik tapi dalam group pulak.

Masa dalam group tu lagi la teruk. Dalam group tu semua orang tak bersuara. Hahaha... Tak adalah sampai semua tak bercakap. Diorang cakap tapi macam berterabur la, ada tu pandai tapi bab nak speaking dengan orang tak boleh la. Macam-macam jenis la. Myra pun macam tergagap. Tak dapat nak fikir pape. Tapi dalam group tu memang sangat teruk gila la. Dah la. Myra tak nak cerita. Terasa sangat teruk. Myra cerita ni pun dah tak betul.

P/s: The moral of lesson is don't  mess up your own interview.

No comments:

Post a Comment