Busy + Tired + Homework + Choral + Exam = @_@


Halu... Halu.. Testing.. Ehem.. Sorry ye pada encik-encik, cik-cik, tuan-tuan dan puan- puan sebab Myra tak update benda baru.. Nama pun orang busy. Haha.. Sekarang ni Myra memang selalu busy.. Kerja rumah tak pernah habis.. Makin lama bertambah adalah. Banyak benda Myra nak cerita dekat korang semua.. Tapi Myra cerita mana yang mampu.

Minggu lepas, minggu yang paling best bagi Myra. Macam-macam benda berlaku. Minggu lepas Harijadi Myra!!! Tambah lagi Abang Amirul dengan Kakak Shahira datang nak melawat Myra!!! Best memang best sangat-sangat. Tapi yang Myra tak boleh tahan budak-budak kelas Myra. Adalah seorang budak tu. Myra tak tahu pe kena dekat dia tiba-tiba je panggil nama Myra. Bukan sekali atau dua kali.. Banyak kali dia panggil Myra..

Ceritanya macam ni. Masa Myra punya Birthday, cikgu praktikal Math Myra nak semua orang nyanyi lagu Harijadi. Lepastu mula la diorang semua salah paham. Dia ingat Myra ni bodek cikgu la. Itu la, ini la.. Mula-mula Myra sabar je. Tapi masa hari Sabtu, satu hari Myra tak online sebab Myra dekat Rawang ada pertandingan. Bila hari esok Myra online FB, Myra tengok diorang mengumpat Myra. Myra dah sakit hati sangat-sangat. Bukan setakat mengumpat, diorang boleh cakap yang Myra keluar dengan cikgu tu. Tolong la.. Macam budak terencat akal. Kalau boleh Myra nak bakar je budak-budak tu. Gedik kot. Diorang ingat dah bagus sangat. Myra bukan nak membodek cikgu ke apa. Myra just jadi diri Myra je. Diorang tu cemburu sangat tu kenapa??? Sakit hati kot.

Tadi dalam kelas Myra nak je buat dajjal. Myra nak letak air diorang dengan julap. Julap ni buat orang sakit perut. Nasib baik Myra tak buat pape dekat air diorang. Nasib baik Myra ada iman lagi. Kalau tak habislah diorang lintang-pukang nak masuk tandas. Sakit hati kot. Sesedap hati je nak heboh dekat FB. Tapi dekat sekolah diorang yang tergedik-gedik dekat cikgu. Sekarang siapa yang gedik??!!! Sabar jela...

Sakit hati Myra. Diorang ni menggunakan publisiti murahan. Haish... Pape jela. Malas Myra nak fikir sekarang. Myra sekarang tak sabar nak tengok budak-budak ni kena halau. Baru aman nak belajar. Kalau ramai tapi pandai jaga diri tak apalah. Ini.. ==" Semua sama je. Dahlah.. Malas Myra nak cakap banyak-banyak. Mak Myra dah bising dan korang pun mesti penat nak bacakan? Wasalam dan papai!!!

P/s: Tunggulah... Myra maki korang cukup-cukup.

No comments:

Post a Comment