Happy Sangat-Sangat!!!


Happy!!! Happy!!! Hoho... Myra rasa happy sangat-sangat... Ada dua benda yang buat Myra happy sangat. 1st sekali hari ni ada pertandingan Choral Speaking. Cuba korang teka... Sekolah dapat 3rd place!!! Walaupun 3rd, kitorang bangga sangat. Myra dengan geng-geng Myra semua melompat dan Myra sempat lagi joget dengan conductress... Hahaha... Kelakar gila... Tapi masa dah sampai, semua orang takut, sebab kitorang punya giliran yang ke-3 pulak tu. Tapi bila dah habis kitorang semua joget. Semua orang pandang kitorang buat macam tu. Kitorang joget sampai kawan-kawan Myra marah dekat Myra. Kawan Myra dekat Myra "korang ni!!! Dahlah tu!!! Orang lain tengok au... Korang ni gelagat macam dah menang je." Lepastu kitorang cakap la. "Wei, teacher sendiri dah cakap. Win or lose don't think about it. Just go and have some fun!!!"

Macam-macam la kitorang buat. Tapi bila masa pencapaian hadiah. Semua orang gugup, kecut perut, berdebar-debar dan macam-macam la. Mula-mula nak bagi sijil. Semua sekolah dapat, tapi sekolah Myra je macam tak sebut. Tapi kitorang tenang sebab, Kak Aisyah kata selalunya yang dapat dulu ni yang kalah. Jadi sekolah Myra selamat la. Bila buat pengumuman "Tempat ke-3, dimenangi oleh... SMK DATO' HAJI MOHD REDZA!!!!" Kitorang semua apa lagi. Melompat la... Dengan jerit huraii la, itu la, ini la dan macam-macam la. Masa nak balik kitorang dalam bas, macam-macam kitorang nyanyi untuk cikgu-cikgu Myra. Best gila la.. Kitorang punya la riuh dalam bas tu. Dah sampai sekolah pun kitorang riuh lagi. Riuh sebab da menang.

Ok-ok.. Dah habis cerita 1st. Sekarang cerita yang kedua pulak. 2nd yang buat Myra gembira ialah Myra dapat pecahkan papan kayu for the 1st time in my life!!! Cerita macam ni. Hari Sabtu Myra ada ujian Taekwondo. Peringkat Myra sekarang ni kena pecahkan papan. Mula-mula Myra rasa takut la jugak. Yela seumur hidup Myra tak pernah pecahkan papan. Ini first time pecahkan papan!!!

Kawan-kawan Myra semua kata yang Myra seorang je yang menjerit sendiri. =,=" Myra tak kisah pun. Bagi Myra biar ada semangat sikit. Kalau tak diam je macam orang bisu. Sir Myra pun ada cakap, "Orang bisu pun ada suara jugak. Ini korang yang normal pun tak nak keluarkan suara." =,= Tapi apa-apa pun harap Myra lulus ujian. Takut kot sebab masa ujian tu kawan Myra entah pape la. Mula-mula kena buat induvidu.Lepas dah buat individu, kitorang kena buat psangan pulak. Pasangan Myra kawan Myra jugak. Kawan Myra tu pun entah pape la. Dia sikit-sikit suruh Myra buat je. Sampaikan Myra pun dah salah step. Dia buat empat je. Apa-apa pun Myra harap Myra lulus. Lagi satu kitorang nak ujian pun kena bayar. Peerrgggghhhh... Memang banyak la duit la nak keluarkan. Ok la... Itu sahaja untuk hari ni. Harap-harap Myra lulus ujian!!!

P/s: Hari ni rasa gembira sangat-sangat!!!

No comments:

Post a Comment