Malunya!!!


Aaaaarrrrrgggghhhh!!!! Malunya bila fikirkan balik!!! Korang nak tahu tak apa yang terjadi sebenarnya??? Cucite.. Cucite.. Sebenarnya macam ni. Semalam selepas Myra training Taekwondo, Myra dengan budak-budak Form 1 duduk dekat bas stop. Masa Myra tengah syok rilex, ada pulak seorang mamat ni tanya mana sekolah SHAMS. Mula-mula mamat tu tanya budak-budak ni. Lepastu budak-budak ni main pas-pas je. Last-last Myra jugak yang kena. Time tu dah la Myra tengah penat. Myra pun main cakap je.

Myra cakap macam ni.. "Turun bukit kat sana lepastu terus je. Belok kanan. Betul ke??? Jap-jap... Lepastu belok kiri, terus, dan belok kanan." ==" Myra merepek je dan Myra loading sangat-sangat. Sekolah tu dekat dengan kubur kristian. Ada ke patut Myra cakap kubur gereja??? Myra tahu korang mesti gelakkan Myra. Bila orang tu dah blah, budak-budak ni gelakkan Myra. Budak-budak tu pun cakap orang tu gelakkan Myra jugak. Myra puas la fikir pe yang kelakar sangat. Diorang cakap macam ni "Akak ni. Boleh pulak cakap da kubur lepastu ada gereja??? Orang sepatutnya kubur kristian la akak." ==" Tu la Myra suka sangat melalut. Kesian Myra kan?? Tak pasal-pasal kena gelak.

Bila myra cerita dekat mak Myra. Mak Myra cakap la. "Kenapa tak cakap lalu jalan besar?? Kan susah lalu pendalaman." Myra... Myra... Kenapalah ko tak terfikir lalu kat kawasan tu??? Kalau ikut jalan tu memang senang. Just straight sampai traffic light belok kanan dan terus je dah sampai. Myra.. Myra.. Itulah!!! Suka sangat melalutkan??? Tapi lantaklah.. Myra cakap dengan budak-budak ni "Biarlah diorang tu. Diorang dah besar. Pandai-pandailah diorang hidup." Ok lah. Itu sahaja untuk hari ni... Papai!!!

P/s: Malu!!!

No comments:

Post a Comment